Pusat Bantuan - Akaun Peribadi

Bagaimanakah saya boleh menyediakan maklumat perniagaan saya pada invois?

Maklumat perniagaan anda dipaparkan di bahagian atas invois dan anggaran anda. Anda boleh memaparkan logo, nama perniagaan*, alamat perniagaan, laman web dan maklumat hubungan yang lain. Untuk menambah alamat, e-mel atau nombor telefon baharu pada invois anda, anda perlu mengemas kini tetapan profil PayPal anda. Selepas anda menambahkan maklumat hubungan ini pada akaun PayPal anda, kembali ke Invois PayPal untuk mengemas kini maklumat perniagaan pada invois anda.
Sediakan maklumat perniagaan anda.
 
* Untuk pemegang akaun Peribadi, nama pertama dan nama keluarga anda akan digunakan sebagai nama perniagaan anda.

Bolehkah saya menambah logo yang diperibadikan pada invois saya?
Anda boleh menambah logo pada invois anda dalam tetapan maklumat perniagaan anda atau apabila anda mencipta invois. Anda boleh menambah sebarang fail PNG, GIF, BMP atau JPG sehingga saiz 1MB. Kami akan membuat saiz semula logo anda agar muat dalam dimensi 250(l) x 90(t).

Bolehkah saya membuat templat invois?

Invois PayPal dilengkapi dengan templat yang direka untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan dan jualan. Untuk menjimatkan masa dan usaha, cipta templat anda sendiri dengan butiran item tersuai, terma dan syarat, nota, maklumat perniagaan dan pilihan lain.
Cipta templat baharu dalam tetapan Invois anda. Anda juga boleh menyimpan templat baharu daripada invois yang baru dicipta. Pada desktop, klik anak panah ke bawah pada butang Hantar untuk menyimpan invois sebagai templat baharu.

Bolehkah saya menyimpan item tersuai untuk kegunaan masa depan?

Anda boleh menyimpan item dengan menambahnya dalam bahagian Item pada tetapan Invois anda. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dalam invois masa depan anda.

Bagaimanakah saya boleh menambah cukai kepada invois saya?

Untuk menyimpan cukai yang biasa digunakan (seperti cukai jualan, VAT atau GST) untuk invois masa depan, tambahkan dalam seksyen Cukai pada tetapan Invois anda.

Bolehkah saya menambah Terma dan Syarat saya pada invois?

Semasa mencipta invois di desktop, klik Tambah terma dan syarat di bawah "Mesej kepada pelanggan" untuk menyertakan terma tertentu yang perlu diketahui oleh pelanggan anda. Pada telefon bimbit, ketik Lebih banyak pilihan untuk menambah terma dan syarat anda.

Anda boleh menggunakan kotak teks ini untuk menyertakan maklumat yang diperlukan secara sah untuk perniagaan anda. Sebagai contoh, maklumat cukai untuk pelanggan, terma bayaran, nombor VAT atau mana-mana keperluan perundangan lain. Sila ambil perhatian, PayPal tidak mewakili atau memberikan jaminan bahawa Invois PayPal memenuhi keperluan undang-undang atau kawal selia tempatan di pasaran anda. Anda bertanggungjawab untuk memasukkan semua maklumat yang diperlukan dalam Invois anda.

Bagaimanakah saya boleh mencipta dan menghantar invois?

Lebih banyak cara kami boleh membantu

Kami akan menggunakan kuki untuk memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda jika anda terus melayari. Adakah OK jika kami juga menggunakan kuki untuk menunjukkan iklan yang diperibadikan kepada anda? Ketahui lebih lanjut dan uruskan kuki anda