Pusat Bantuan - Akaun Peribadi

Bagaimanakah saya boleh mengesahkan akaun bank saya dengan PayPal?

Anda perlu menambah akaun bank anda ke akaun PayPal anda terlebih dahulu.

Untuk mengesahkan akaun bank anda, kami akan menghantar 2 deposit rawak kecil ke akaun bank anda. Anda boleh menyemak penyata bank dalam talian anda, tunggu penyata kertas anda yang seterusnya, atau hubungi bank anda untuk mengetahui amaun deposit yang tepat. Anda perlu memasukkan amaun tepat 2 deposit tersebut apabila mengesahkan akaun bank anda.

Berikut ialah cara untuk melengkapkan proses pengesahan dalam talian:

  1. Klik Dompet di bahagian atas halaman.
  2. Klik bank yang ingin anda sahkan.
  3. Masukkan amaun tepat 2 deposit yang dibuat ke akaun bank anda.
  4. Klik Hantar.

ATAU

Sahkan akaun bank anda sekarang.

Deposit rawak adalah sementara dan akhirnya akan didebitkan daripada akaun bank anda.

Anda perlu mengesahkan akaun bank anda sebelum anda boleh memindahkan wang ke akaun PayPal anda.

Anda mungkin boleh mengesahkan bank anda dengan segera. Semak sama ada anda boleh melihat butang "Sahkan Segera" pada halaman sahkan bank. Anda perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan anda untuk akaun bank dalam talian anda. Maklumat ini tidak disimpan dalam sistem kami dan digunakan untuk memadankan maklumat dengan bank anda untuk mengesahkan pemilikan akaun. Setelah maklumat ini dimasukkan dengan betul, akaun bank anda akan disahkan dengan segera.

Bagaimanakah saya boleh memautkan akaun bank ke akaun PayPal saya?

Lebih banyak cara kami boleh membantu

Kami akan menggunakan kuki untuk memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda jika anda terus melayari. Adakah OK jika kami juga menggunakan kuki untuk menunjukkan iklan yang diperibadikan kepada anda? Ketahui lebih lanjut dan uruskan kuki anda