Terakhir dikemas kini pada 8 Februari 2024
Terakhir dikemas kini pada 8 Februari 2024
Terma dan Syarat Bayaran Berkumpulan PayPal ini mengawal penggunaan perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal anda (sebelum ini Bayaran Berkumpulan). Penggunaan Bayaran Berkumpulan PayPal anda juga tertakluk pada terma dalam Perjanjian Pengguna PayPal, Polisi Guna Boleh Terima, Pernyataan Privasi, dan perjanjian undang-undang terpakai yang lain antara anda dengan PayPal.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda hendaklah mempunyai akaun PayPal perniagaan dalam keadaan baik (good standing) dan memohon serta menerima kebenaran daripada kami untuk menggunakan Bayaran Berkumpulan PayPal. Kami mungkin mengenakan kriteria kelayakan tambahan atau mengehadkan ketersediaan bayaran berkumpulan PayPal selanjutnya.
Setelah mendapat kelulusan anda boleh menggunakan perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal untuk menghantar bayaran berkumpulan berskala besar seperti komisen, rebat, ganjaran, insentif, atau bayaran kepada berbilang penerima berkaitan dengan perniagaan anda. Anda mungkin boleh memilih untuk menghantar bayaran berkumpulan kepada akaun PayPal yang layak.
Bayaran Berkumpulan PayPal dibina untuk pelanggan perniagaan dengan keperluan bayaran yang berbilang, pukal dan berulang. Jika anda ingin membuat bayaran satu kali, sila guna perkhidmatan khusus untuk tujuan tersebut.
Yuran bagi Bayaran Berkumpulan PayPal boleh didapati di Halaman yuran.
Untuk menerima bayaran berkumpulan, setiap penerima anda mesti mempunyai akaun PayPal yang memenuhi kriteria yang berikut (“Akaun Layak”):
Masa pemprosesan Bayaran berkumpulan bergantung pada faktor termasuk jenis integrasi yang anda guna (contohnya, sama ada anda menggunakan integrasi kelompok atau API), lokasi penerima anda, bilangan bayaran berkumpulan yang diserahkan serta jenis dan status akaun PayPal penerima anda. Penerima anda akan tertakluk pada semua terma dan syarat terpakai yang mentadbir akaun PayPal mereka, termasuk perjanjian pelanggan terpakai antara mereka dengan kami. Anda bukanlah benefisiari kepada mana-mana perjanjian antara kami dengan penerima anda, dan tidak mempunyai apa-apa hak bawah perjanjian tersebut.
Kami berhak menamatkan, menggantung atau menghalang penerima daripada menggunakan akaun PayPal untuk menerima bayaran berkumpulan, termasuk atas mana-mana sebab yang berikut:
Jika penerima bayaran berkumpulan yang dicadangkan tidak mempunyai Akaun Layak pada masa anda menghantar arahan bayaran berkumpulan, mereka boleh menuntut bayaran berkumpulan dengan membuka akaun (jika dibenarkan di negara tempat tinggal mereka) atau dengan mengambil langkah-langkah untuk mengalih keluar sebarang had akaun yang berkenaan dalam masa tiga puluh (30) hari. Sekiranya penerima tidak menuntut bayaran berkumpulan pada masa ini, PayPal akan mengembalikan amaun bayaran berkumpulan yang tidak dituntut kepada anda, dan tolak sebarang yuran yang dikenakan. Anda boleh mengarahkan kami untuk membatalkan bayaran berkumpulan yang belum dituntut, tetapi PayPal tidak mempunyai tanggungjawab untuk membalikkan sebarang bayaran berkumpulan dan tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan untuk membatalkan atau membalikkan bayaran berkumpulan yang tidak dituntut sebelum tiga puluh (30) hari telah berlalu. PayPal tidak mempunyai tanggungjawab lanjutan kepada anda atau penerima anda berkenaan sebarang bayaran berkumpulan yang tidak dituntut selepas kami memulangkan baki tidak dituntut kepada anda.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan semua arahan bayaran berkumpulan yang anda hantar kepada kami. Kami tidak bertanggungjawab atas arahan bayaran berkumpulan yang hilang, tidak lengkap atau tidak tepat atau atas penyalaharahan dana yang disebabkan oleh arahan bayaran berkumpulan yang hilang, tidak lengkap atau tidak tepat. Anda bertanggungjawab jika berlakunya penyalaharahan atau kehilangan bayaran berkumpulan disebabkan oleh ID pengguna penerima (sebagai contoh, ID Pembayar PayPal atau ID Luaran), alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih yang anda berikan kepada kami tidak tepat atau merujuk kepada pengguna PayPal selain penerima yang anda maksudkan.
Kami mungkin bergantung pada ID pengguna, alamat e-mel, nombor telefon bimbit atau maklumat lain yang dinyatakan dalam arahan bayaran berkumpulan semata-mata, tidak kira sama ada pengenal pasti tersebut tidak konsisten dengan maklumat lain dalam arahan bayaran berkumpulan atau maklumat pengesahan pengguna (sebagai contoh, nama pada akaun yang dikaitkan dengan e-mel penerima). Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengesahkan sebarang maklumat yang terkandung dalam arahan bayaran berkumpulan dan kami tidak bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan sekalipun, terhadap sebarang bayaran berkumpulan yang kami buat selaras dengan maklumat yang terkandung dalam mana-mana arahan bayaran berkumpulan yang kami terima daripada anda. Jika bayaran berkumpulan disalah arah atau tidak diberikan dengan betul disebabkan oleh ralat yang berpunca daripada kami, tanggungjawab mutlak kami adalah untuk membayar balik amaun bayaran berkumpulan yang disalah arah atau hilang.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa setiap penerima bayaran berkumpulan anda telah memilih untuk menerima bayaran daripada anda melalui perkhidmatan yang berkenaan dan telah bersetuju untuk kami hubungi melalui e-mel atau mesej teks, dengan sewajarnya. Dengan menggunakan perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal, anda menyatakan dan memberi jaminan bahawa e-mel atau nombor telefon yang anda gunakan untuk menghubungi pelanggan anda telah diberikan kepada anda oleh setiap penerima bayaran berkumpulan, dan bahawa penggunaan anda terhadap perkhidmatan tersebut untuk menghubungi pelanggan anda mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai. Kami boleh menyemak penggunaan perkhidmatan anda atau memerlukan anda untuk memberikan bukti bahawa penerima anda telah memberikan kebenaran yang nyata untuk menerima bayaran berkumpulan dan e-mel atau mesej teks yang berkaitan daripada anda, dan anda bersetuju untuk memberikan bukti tersebut atas permintaan. Dengan mendapatkan keizinan yang nyata ini, anda bersetuju bahawa perkongsian maklumat tersebut dengan kami bukanlah "jualan" di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hubungan anda dengan penerima bayaran berkumpulan anda. Kami tidak bertanggungjawab atas produk, perkhidmatan, komunikasi anda dengan penerima bayaran berkumpulan anda berhubung dengan perniagaan anda atau penggunaan Bayaran Berkumpulan PayPal anda. Apabila menggunakan Bayaran Berkumpulan PayPal, anda tidak boleh menganggap bahawa PayPal atau mana-mana sekutunya adalah penaja atau dengan hal lain, mengendors produk, perkhidmatan atau mana-mana promosi anda. PayPal hanya boleh dinyatakan sebagai kaedah bayaran berkumpulan dan tidak boleh dinyatakan dalam apa-apa kapasiti lain tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada kami, dan anda tidak boleh mempromosikan PayPal atau menggalakkan penerima anda mencipta akaun PayPal dalam bahan pemasaran anda tanpa kelulusan awal daripada PayPal. Sekiranya PayPal meminta pengalihan keluar sebarang bahan yang berkaitan dengan perkara di atas, anda bersetuju untuk mengeluarkan bahan tersebut dengan segera dalam tempoh 48 jam dari permintaan PayPal.
Anda tidak boleh mengumpan atau memudahkan pengumpanan oleh mana-mana pihak ketiga pelanggan atau pengguna PayPal dengan status mereka sebagai pelanggan atau pengguna; minta penerima bayaran berkumpulan anda untuk menyediakan atau dengan cara lain, cuba mendapatkan secara langsung atau tidak langsung, kata laluan PayPal mereka atau mewujudkan akaun PayPal atau menetapkan kata laluan bagi pihak pelanggan dasar anda.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan maklumat yang tepat mengenai tujuan bayaran berkumpulan anda. Maklumat yang anda berikan akan digunakan, antara lain, untuk pelaporan cukai A.S. dan untuk mematuhi keperluan kawal selia lain. PayPal boleh bergantung kepada pemilihan anda untuk semua tujuan, termasuk untuk menentukan kewajipan pelaporan dan pegangan di bawah peraturan yang terpakai, termasuk Seksyen Kod Hasil Dalam Negeri AS (IRC) 6050W dan 3406. Jika anda tidak menyatakan jenis bayaran berkumpulan semasa membuat bayaran berkumpulan, PayPal mungkin dikehendaki untuk menganggap bayaran berkumpulan sebagai bayaran boleh dilaporkan tertakluk pada peraturan yang terpakai, termasuk Seksyen IRC 6050W dan 3406.
Bayaran Berkumpulan PayPal tidak boleh digunakan untuk gaji, produk jualan, penghantaran wang kepada ahli keluarga dan rakan, pembayaran kepada peniaga untuk pembelian, pembelian kod buka kunci atau untuk sebarang kegunaan yang kami tentukan mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi daripada tahap yang boleh diterima. Kami boleh menambah pengehadan selanjutnya pada bila-bila masa atas budi bicara mutlak kami.
Tanpa mengehadkan hak dan remedi lain kami, kami mungkin menggantung atau menamatkan akses anda kepada perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal atau akaun PayPal anda jika kami tentukan bahawa anda menyalahgunakan PayPal atau perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal, bahawa terdapat tahap risiko yang lebih tinggi daripada tahap yang boleh diterima berkaitan dengan penggunaan PayPal anda atau perkhidmatan Bayaran Berkumpulan PayPal, atau anda telah melanggar terma ini.