Perjanjian Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal

 

>> Lihat semua perjanjian undang-undang

Perjanjian Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal

Kemas Kini Terakhir: 8 Oktober 2014

 

Dasar ini terpakai kepada pengguna di negara berikut: Albania, Algeria, Antigua dan Barbuda, Barbados, Belize, Bosnia dan Herzegovina, Dominica, Mesir, Fiji, French Polynesia, Grenada, Lesotho, Malawi, New Caledonia, Palau, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Seychelles, Trinidad dan Tobago, Turki dan Caicos.

Perjanjian Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal ("Perjanjian") ini adalah kontrak antara anda dan PayPal. Perjanjian ini terpakai kepada anda sebagai tambahan kepada Perjanjian Pengguna dan lain-lain perjanjian yang berkenaan. Semua terma dengan huruf besar mempunyai definisi yang telah disediakan dalam Perjanjian ini, atau jika definisi tidak disediakan dalam Perjanjian ini, definisi dalam Perjanjian Pengguna akan digunakan. Anda perlu membaca, bersetuju dan menerima semua terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. Kami boleh meminda Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah disemak semula di laman web kami. Versi yang disemak semula akan berkuat kuasa pada masa siaran. Di samping itu, jika versi yang dipinda termasuk Perubahan Besar, kami akan memberikan anda notis 30 hari sebelum Perubahan Besar dengan menyiarkan notis di halaman "Pengemaskinian Dasar" laman web kami.

Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal membolehkan anda menerima bayaran ke dalam akaun PayPal anda dan memindahkan amaun tersebut secara automatik ke akaun bank AS yang dipautkan atau kad kredit Visa anda. Semua bayaran yang anda terima adalah tertakluk kepada tempoh tahanan 30 hari. Sila baca terma dan syarat ini untuk memahami syarat PayPal untuk menerima bayaran.

 

1. Kelayakan:

  1. Untuk menerima bayaran ke dalam akaun PayPal anda, anda perlu memautkan akaun bank AS atau kad kredit Visa anda ke akaun PayPal anda dan melengkapkan proses pengesahan kad kredit dan/atau akaun bank PayPal.

 

2. Pindahan Automatik:

  1. Secara tetap, PayPal akan memindahkan jumlah daripada Baki PayPal anda yang tersedia secara automatik ke akaun bank AS atau kad kredit Visa anda secara berkala.
  2. Pindahan automatik akan berlaku dalam masa 3 hari pertama setiap bulan, suku, atau tempoh yang berkenaan di negara tempat anda menetap.
  3. Tiada yuran untuk pindahan automatik ke akaun bank AS atau kad kredit Visa anda.

 

3. Pindahan Manual dan Yuran:

  1. Jika anda tidak mahu menunggu pindahan automatik, anda boleh memindahkan jumlah dalam baki PayPal anda yang tersedia secara manual ke akaun bank AS atau kad kredit Visa anda.
    1. Pindahan manual ke kad kredit Visa anda akan dikenakan yuran sebanyak $5.00 USD (atau setaraf).
    2. Pindahan manual ke akaun bank AS anda adalah percuma.

 

4. Tempoh Tahanan Bayaran:

  1. Semua bayaran yang anda terima akan tertakluk kepada tempoh tahanan awal 30 hari dan akan diletakkan dalam baki belum selesai. Ini bermakna anda tidak akan mempunyai akses kepada dana anda untuk sekurang-kurangnya 30 hari.
  2. Selepas tempoh tahanan awal 30 hari, dana anda akan dilepaskan ke dalam baki tersedia anda melainkan jika PayPal menahan amaun untuk sebab lain seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Pengguna PayPal, atau perjanjian lain anda dengan PayPal.
  3. PayPal, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh menentukan bahawa anda tidak lagi tertakluk kepada tempoh tahanan awal 30 hari. Dalam keadaan sedemikian, bayaran yang anda terima dalam akaun PayPal anda akan muncul dalam baki tersedia anda tidak lama selepas anda menerima bayaran. PayPal akan membuat keputusan untuk membuang tempoh tahanan 30 hari berdasarkan beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: tempoh masa anda menjadi pelanggan PayPal, jenis barangan atau perkhidmatan yang anda jual dan bilangan aduan pelanggan yang anda terima.

 

5. Had Pengeluaran:

  1. Pindahan automatik ke kad kredit Visa anda adalah terhad kepada $10,000 USD (atau setaraf) bagi setiap pindahan.
  2. Pindahan manual ke kad kredit Visa adalah terhad kepada $500 USD (atau setaraf) setiap hari.
  3. Had pindahan harian ke kad kredit Visa anda (jumlah pindahan automatik dan manual) adalah $10,000 USD (atau setaraf).

 

6. Instrumen Kewangan (akaun bank AS atau kad kredit Visa yang telah dipautkan):

  1. Jika anda mempunyai lebih daripada satu instrumen kewangan yang dipautkan ke akaun PayPal anda, PayPal akan menggunakan instrumen kewangan pertama yang anda pautkan ke akaun PayPal untuk pindahan automatik.
    1. Ini bermakna bahawa jika anda memautkan kad kredit Visa ke akaun PayPal anda hari ini, dan kemudian memautkan kad kredit Visa kedua ke akaun anda pada keesokan harinya, PayPal akan menggunakan kad kredit Visa pertama untuk pindahan automatik.
    2. Anda boleh menukar ini dengan pergi ke halaman "Profil", pilih "Urus Pindahan Automatik" dan ikut arahan untuk memilih instrumen kewangan pilihan anda untuk pindahan automatik.
  2. Jika anda membuang akaun bank AS dan/atau kad kredit Visa anda, PayPal akan meminta anda menambah instrumen kewangan baharu ke akaun PayPal anda. Jika anda tidak berbuat demikian, anda akan kehilangan keupayaan untuk menerima bayaran.
  3. Jika PayPal tidak dapat memindahkan baki anda ke akaun bank AS dan/atau kad kredit Visa anda atas sebarang sebab, maka PayPal akan memberikan anda jumlah masa yang terhad untuk menambah instrumen kewangan baharu ke akaun PayPal anda. Jika anda tidak berbuat demikian, anda akan kehilangan keupayaan untuk menerima bayaran.

 

7. Sekatan ke atas Penghantaran Bayaran:

  1. Anda boleh menggunakan kad kredit anda untuk menghantar bayaran. Anda tidak boleh menggunakan baki PayPal anda atau akaun bank AS untuk menghantar bayaran. Semua jumlah dalam baki PayPal tersedia anda mesti dikeluarkan dari akaun PayPal anda melalui pindahan automatik dan/atau manual.

 

8. Yuran Transaksi untuk Menerima Bayaran:

  1. Yuran Transaksi: Kadar Standard dan Kadar Peniaga

    Jumlah Bayaran Bulanan

    Yuran

    Kategori Kadar

    $0.01 - $3,000.00 USD (atau setaraf) 4.9% + Yuran Tetap Kadar Standard
    $3,000,01 - $10,000.00 USD (atau setaraf) 4.4% + Yuran Tetap Kadar Peniaga
    $10,000.01 - $100,000.00 USD (atau setaraf) 4.2% + Yuran Tetap Kadar Peniaga
    $100,000.01 USD dan lebih (atau setaraf) 3.9% + Yuran Tetap Kadar Peniaga
  2. Yuran Tetap

    Mata wang

    Yuran Tetap

    Dolar Australia: $0.30 AUD
    Real Brazil: R$0.60 BRL
    Dolar Kanada: $0.30 CAD
    Koruna Czech: 10.00 CZK
    Kroner Denmark: 2.60 DKK
    Euro: €0.35 EUR
    Dolar Hong Kong: $2.35 HKD
    Forint Hungary: 90 HUF
    Shekel Israel: 1.20 ILS
    Yen Jepun: ¥40 JPY
    Ringgit Malaysia: 2.00 MYR
    Peso Mexico: 4.00 MXN
    Dolar New Zealand: $0.45 NZD
    Krone Norway: 2.80 NOK
    Peso Filipina: 15.00 PHP
    Zlotych Poland: 1.35 PLN
    Dolar Singapura: $0.50 SGD
    Krona Sweden: 3.25 SEK
    Franc Swiss: 0.55 CHF
    Dolar Baharu Taiwan: $10 TWD
    Baht Thai: 11 THB
    Paun Sterling U.K.: £0.20 GBP
    Dolar A.S.: $0.30 USD
  3. Yuran Transaksi dikenakan kepada semua amaun yang anda terima ke dalam akaun PayPal anda untuk transaksi komersial, termasuk amaun yang terdapat dalam baki belum selesai. Yuran Transaksi adalah peratusan daripada transaksi yang ditambah dengan amaun tetap berdasarkan mata wang bayaran yang anda terima.
  4. Untuk menerima Kadar Peniaga, anda perlu mengemukakan permohonan kepada PayPal melalui pautan di laman web PayPal, mengekalkan jumlah bayaran bulanan yang layak, dan berada dalam kedudukan yang baik dengan PayPal. Jika anda tidak mengemukakan permohonan untuk Kadar Peniaga, anda akan terus membayar Kadar Standard walaupun anda mempunyai jumlah bayaran bulanan yang layak.
  5. Yuran dalam seksyen ini tidak terpakai untuk Albania, Bosnia dan Herzegovina dan Mesir. Di negara-negara ini, Yuran untuk menerima transaksi komersial seperti yang disenaraikan dalam Perjanjian Pengguna akan digunakan.