>> Lihat semua perjanjian undang-undang

 

Pernyataan Privasi

 

Tarikh Berkuat Kuasa: 10 Jun 2021

 

Gambaran Keseluruhan

Apakah Data Peribadi yang Kami Kumpul?

Mengapa Kami Mengekalkan Data Peribadi?

Bagaimanakah Kami Memproses Data Peribadi? 

Adakah Kami Berkongsi Data Peribadi? 

Bagaimanakah Kami Bekerja dengan Perkhidmatan dan Platform Lain? 

Bagaimana Kami Menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan?

Apakah Pilihan Privasi yang Tersedia Untuk Anda?

Apakah hak anda?

Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda?

Bolehkah Kanak-kanak Menggunakan Perkhidmatan Kami? 

Apakah Perkara Lain yang Perlu Anda Tahu?

Hubungi Kami

Definisi

Maklumat Tambahan


 

1. Gambaran Keseluruhan

PayPal telah membangunkan Pernyataan Privasi ini untuk menerangkan cara kami mungkin mengumpul, mengekalkan, memproses, berkongsi dan memindahkan Data Peribadi anda apabila anda melayari Laman Web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami. Pernyataan Privasi ini terpakai kepada Data Peribadi anda apabila anda melayari Laman Web atau menggunakan Perkhidmatan kami, dan tidak terpakai kepada laman web atau perkhidmatan dalam talian yang kami tidak miliki atau kawal, termasuk laman web atau perkhidmatan Pengguna PayPal lain.

Pernyataan Privasi ini direka untuk membantu anda mendapatkan maklumat tentang amalan privasi kami dan membantu anda memahami pilihan privasi anda apabila menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan kami. Sila ambil perhatian bahawa tawaran Perkhidmatan kami mungkin berbeza mengikut rantau.

Kami telah mentakrifkan beberapa istilah yang kami gunakan di seluruh Pernyataan Privasi.  Anda boleh mencari makna istilah yang berhuruf besar dalam seksyen Definisi.

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai soalan mengenai amalan privasi kami yang tidak dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini.

2. Apakah Data Peribadi yang Kami Kumpul?

Kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda apabila anda melawat Laman Web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk yang berikut:

  • Maklumat pendaftaran dan penggunaan – Apabila anda mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan kami dengan mencipta Akaun, kami akan mengumpul Data Peribadi yang diperlukan untuk menawarkan dan memenuhi Perkhidmatan yang anda minta.  Bergantung pada Perkhidmatan yang anda pilih, kami mungkin memerlukan anda untuk memberikan kami nama, alamat pos, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat pengenalan anda untuk mencipta Akaun.  Kami mungkin memerlukan anda untuk memberikan kami Data Peribadi tambahan semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami.
  • Maklumat transaksi dan pengalaman – Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami atau mengakses Laman Web kami, contohnya, untuk membuat pembelian daripada peniaga, menerima wang, memproses bayaran, atau menghantar wang kepada rakan dan keluarga, kami mengumpul maklumat tentang transaksi, serta maklumat lain yang berkaitan dengan transaksi seperti amaun yang dihantar atau diminta, amaun yang dibayar untuk produk atau perkhidmatan, maklumat peniaga, termasuk maklumat mengenai sebarang instrumen pembiayaan yang digunakan untuk melengkapkan transaksi, Maklumat Peranti, Data Penggunaan Teknikal, dan Maklumat Geolokasi.
  • Maklumat peserta – Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami atau mengakses Laman Web kami, kami mengumpul Data Peribadi yang anda berikan kepada kami tentang peserta lain yang berkaitan dengan transaksi tersebut.
    • Menghantar atau meminta wang:  Apabila anda menghantar atau meminta wang melalui Perkhidmatan, kami mengumpul Data Peribadi seperti nama, alamat pos, nombor telefon, dan maklumat akaun kewangan mengenai peserta yang menerima wang daripada anda atau menghantar wang kepada anda.  Tahap Data Peribadi yang diperlukan mengenai peserta mungkin berbeza bergantung pada Perkhidmatan yang anda gunakan untuk menghantar atau meminta wang.  
    • Membayar atau meminta orang lain membayar bil:  Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk membayar bil bagi manfaat orang lain, atau jika anda meminta Pengguna membayar bil untuk anda, kami mengumpul Data Peribadi daripada anda mengenai pemegang akaun seperti nama, alamat pos, nombor telefon, alamat e-mel, dan nombor akaun bil yang ingin anda bayar atau minta untuk dibayar.
    • Menambah nilai pada akaun anda:  Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk menambah nilai Akaun anda atau mana-mana akaun lain yang mungkin anda miliki, atau jika anda meminta Pengguna untuk menambah nilai kepada mana-mana akaun ini, kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada anda mengenai pihak lain, atau daripada pihak lain mengenai anda untuk memudahkan permintaan.  Sebagai contoh, jika anda menggunakan Perkhidmatan kami untuk menambah nilai telefon mudah alih, atau untuk meminta nilai ditambah pada akaun telefon mudah alih anda, kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi dan maklumat lain termasuk nombor akaun telefon mudah alih daripada peserta lain.
  • Maklumat tentang profil awam anda dan rakan dan kenalan anda – Ia mungkin lebih mudah untuk kami membantu anda berurusan dengan rakan dan kenalan anda jika anda memilih untuk menyambungkan maklumat senarai kenalan anda dengan Akaun anda atau jika profil Akaun anda tersedia secara terbuka. Jika anda mewujudkan sambungan akaun antara peranti anda atau platform media sosial dan Akaun anda, kami akan menggunakan maklumat senarai kenalan anda (seperti nama, alamat, alamat e-mel) untuk meningkatkan pengalaman anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan. Apabila profil Akaun anda terbuka, pengguna lain boleh mencari profil anda untuk menghantar wang kepada anda dengan mencari nama, nama pengguna, e-mel, atau nombor telefon bimbit di PayPal dan mengesahkan bahawa ia adalah anda dengan melihat foto anda. Anda boleh membuat profil Akaun anda peribadi pada bila-bila masa dalam tetapan PayPal.me anda.
  • Maklumat yang anda pilih untuk berikan kepada kami untuk mendapatkan Perkhidmatan tambahan atau Perkhidmatan dalam talian tertentu – Jika anda meminta atau menyertai ciri pilihan Laman Web, atau meminta Perkhidmatan atau kefungsian pilihan lain dipertingkatkan, kami mungkin mengumpul maklumat tambahan daripada anda.  Kami akan memberikan anda notis berasingan pada masa pengumpulan, sekiranya penggunaan maklumat tersebut berbeza daripada kegunaan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini.  
  • Data Peribadi mengenai anda sekiranya anda menggunakan Perkhidmatan tidak berjenama – Perkhidmatan tertentu tersedia tanpa perlu log masuk ke atau mencipta Akaun. Kami akan mengumpul Data Peribadi apabila anda berinteraksi dan membuat bayaran kepada peniaga menggunakan perkhidmatan bayaran kad kami yang tidak membawa jenama PayPal dan apabila anda daftar keluar dengan PayPal tanpa log masuk ke akaun. Untuk perkhidmatan bayaran tidak berjenama kami, interaksi anda adalah dengan peniaga, di platform mereka. Sekiranya anda adalah pemegang Akaun, atau mencipta Akaun pada tarikh yang kemudian, kami mungkin mengumpul maklumat tentang transaksi tidak berjenama dan mengaitkan mereka dengan Akaun anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda sebagai pemegang Akaun dan untuk tujuan pematuhan dan analisis. Sekiranya anda bukan pemegang Akaun, kami akan mengumpul dan menyimpan semua maklumat yang anda berikan dan menggunakan maklumat tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini.
  • Maklumat tentang anda daripada sumber pihak ketiga – Kami memperoleh maklumat daripada sumber pihak ketiga seperti peniaga, pembekal data, dan biro kredit, di mana dibenarkan oleh undang-undang.
  • Maklumat lain yang kami kumpul berkaitan penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan kami oleh anda – Kami mungkin mengumpul maklumat tambahan daripada atau mengenai anda apabila anda berkomunikasi dengan kami, menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami atau memberi respons terhadap tinjauan.

3. Mengapa Kami Mengekalkan Data Peribadi?

Kami mengekalkan Data Peribadi untuk memenuhi kewajipan perundangan atau kawal selia kami dan untuk tujuan perniagaan kami.  Kami mungkin mengekalkan Data Peribadi untuk tempoh yang lebih lama dari tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang jika ia adalah untuk kepentingan perniagaan kami yang sah dan tidak dilarang oleh undang-undang.  Jika Akaun anda ditutup, kami mungkin mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi dan maklumat lain, tetapi kami mengekalkan keupayaan kami untuk mengekalkan dan mengakses data selama yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.  Kami akan terus menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

4. Bagaimana Kami Memproses Data Peribadi?

Kami mungkin Memproses maklumat anda atas sebab-sebab berikut:

  • Untuk mengendalikan Laman Web dan menyediakan Perkhidmatan, termasuk untuk:
    • memulakan bayaran, menghantar atau meminta bayaran, menambah nilai ke akaun atau membayar bil;
    • mengesahkan akses anda kepada Akaun;
    • berkomunikasi dengan anda tentang Akaun anda, Laman Web, Perkhidmatan atau PayPal;
    • mencipta sambungan akaun antara Akaun anda dengan akaun atau platform pihak ketiga; dan
    • melaksanakan pemeriksaan kelayakan kredit dan kedudukan kewangan lain, menilai permohonan, dan membandingkan maklumat bagi tujuan ketepatan dan pengesahan.
    • memastikan Akaun dan maklumat kewangan anda dikemas kini.
  • Untuk menguruskan keperluan perniagaan kami, seperti memantau, menganalisis, dan memperbaiki Perkhidmatan serta prestasi dan kefungsian Laman Web.  Sebagai contoh, kami menganalisa tingkah laku Pengguna dan menjalankan penyelidikan tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan kami.
  • Untuk mengurus risiko dan melindungi Laman Web, Perkhidmatan dan anda daripada penipuan dengan mengesahkan identiti anda. Peralatan risiko dan penipuan PayPal menggunakan Data Peribadi, Maklumat Peranti, Data Penggunaan Teknikal dan Maklumat Geolokasi daripada Laman Web kami dan laman web yang menawarkan Perkhidmatan PayPal untuk membantu mengesan dan mencegah penipuan dan penyalahgunaan Perkhidmatan.
  • Untuk memasarkan kepada anda tentang produk dan Perkhidmatan PayPal serta produk dan perkhidmatan perniagaan yang tidak bersekutu. Kami juga mungkin Memproses Data Peribadi anda untuk menyesuaikan secara unik kandungan pemasaran dan pengalaman tertentu Perkhidmatan atau Laman Web untuk lebih sepadan dengan minat anda pada PayPal dan laman web pihak ketiga yang lain.
  • Untuk menyediakan Perkhidmatan diperibadikan yang ditawarkan oleh PayPal di laman web pihak ketiga dan perkhidmatan dalam talian.  Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda dan maklumat lain yang dikumpul selaras dengan Pernyataan Privasi ini untuk menyediakan paparan, ciri, Perkhidmatan atau tawaran yang disasarkan kepada anda di laman web pihak ketiga.  Kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian ini dan/atau bekerjasama dengan pihak ketiga lain seperti peniaga, syarikat pengiklanan atau analisis untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian ini.
  • Untuk menyediakan anda dengan pilihan khusus mengikut lokasi, kefungsian atau tawaran jika anda memilih untuk berkongsi Maklumat Geolokasi anda melalui Perkhidmatan.  Kami akan menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan keselamatan Laman Web dan Perkhidmatan serta menyediakan anda dengan Perkhidmatan berasaskan lokasi, seperti pengiklanan, hasil carian, dan kandungan lain yang diperibadikan.
  • Untuk mematuhi tanggungjawab kami dan untuk menguatkuasakan terma Laman Web dan Perkhidmatan kami, termasuk untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
  • Untuk memudahkan anda mencari dan berhubung dengan orang lain. Sebagai contoh, jika anda membenarkan kami mengakses kenalan anda atau apabila profil Akaun anda terbuka, kami boleh mencadangkan sambungan dengan orang yang anda mungkin kenali dan membantu orang lain berhubung dengan anda untuk menghantar wang kepada anda dengan membenarkan mereka mencari profil anda apabila mereka mencari anda dengan nama, nama pengguna, e-mel atau nombor telefon mudah alih di PayPal. Kami juga mungkin mengaitkan maklumat yang kami pelajari tentang anda melalui penggunaan Perkhidmatan oleh anda dan kenalan anda, serta maklumat yang anda dan orang lain sediakan, untuk mencadangkan orang yang mungkin anda kenali atau mungkin ingin berurus niaga melalui Perkhidmatan kami. Fungsi dan ciri sosial yang direka untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan anda dengan orang lain berbeza mengikut Perkhidmatan.
  • Untuk memberikan respons kepada permintaan anda, contohnya untuk menghubungi anda tentang soalan yang anda kemukakan kepada pasukan perkhidmatan pelanggan kami.

5. Adakah Kami Berkongsi Data Peribadi? 

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda atau maklumat lain tentang anda dengan orang lain dalam pelbagai cara seperti yang diterangkan dalam seksyen Pernyataan Privasi ini. 

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda atau maklumat lain atas sebab-sebab berikut:

Dengan ahli keluarga korporat PayPal yang lain: Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan ahli keluarga entiti PayPal, antara lain, menyediakan Perkhidmatan yang anda minta atau benarkan; menguruskan risiko; membantu mengesan dan mencegah tindakan tidak sah dan penipuan yang berpotensi dan pelanggaran lain terhadap polisi dan perjanjian kami; dan untuk membantu kami menguruskan ketersediaan dan penyambungan produk, Perkhidmatan, dan komunikasi PayPal.

Dengan syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kami: Kami mungkin berkongsi Data Peribadi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan dan fungsi mengikut arahan kami dan bagi pihak kami. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga ini boleh, sebagai contoh, menyediakan anda dengan Perkhidmatan, mengesahkan identiti anda, membantu dalam memproses transaksi, menghantar iklan kepada anda untuk produk dan Perkhidmatan kami, atau menyediakan sokongan pelanggan. 

Dengan institusi kewangan lain: Kami mungkin berkongsi Data Peribadi dengan institusi kewangan lain yang bekerjasama dengan kami untuk mencipta dan menawarkan produk, seperti dengan Synchrony Bank berhubung dengan kad kredit PayPal Extras.  Institusi kewangan ini hanya boleh menggunakan maklumat ini untuk memasarkan dan menawarkan produk yang berkaitan dengan PayPal, melainkan anda telah memberikan persetujuan untuk kegunaan lain. Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi untuk memproses transaksi, menyediakan anda dengan manfaat yang berkaitan dengan kad anda yang layak, dan memastikan maklumat kewangan anda dikemas kini.

Dengan pihak lain untuk transaksi apabila anda menggunakan Perkhidmatan, seperti Pengguna lain, peniaga dan penyedia perkhidmatan mereka: Kami mungkin berkongsi maklumat mengenai anda dan akaun anda dengan pihak lain yang terlibat dalam pemprosesan transaksi anda. Ini termasuk Pengguna lain yang anda hantar atau terima dana daripada, peniaga, dan  pembekal perkhidmatan mereka apabila anda menggunakan perkhidmatan untuk membuat bayaran bagi barangan atau perkhidmatan. Maklumat tersebut termasuk:

  • Data Peribadi dan maklumat Akaun yang diperlukan untuk memudahkan transaksi;
  • maklumat untuk membantu peserta lain menyelesaikan pertikaian serta mengesan dan mencegah penipuan; dan
  • data agregat dan analisis prestasi untuk membantu peniaga memahami Pengguna dengan lebih baik dan membantu peniaga meningkatkan pengalaman Pengguna. 

Dengan pihak ketiga lain bagi tujuan perniagaan kami atau seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang: Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan pihak lain untuk tujuan perniagaan PayPal atau seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, termasuk:

  • jika kami perlu berbuat demikian untuk mematuhi undang-undang, proses perundangan atau peraturan;
  • penguatkuasaan perundangan, pengawal selia, pegawai kerajaan, atau pihak ketiga yang lain (di Singapura atau di tempat lain) berhubung dengan sepina, perintah mahkamah, atau lain-lain proses perundangan atau keperluan di bawah perundangan atau peraturan Singapura, atau perundangan dan peraturan bidang kuasa lain yang terpakai bagi PayPal atau salah seorang ahli gabungannya; apabila kami perlu berbuat demikian untuk mematuhi undang-undang atau peraturan kad kredit tersebut; atau apabila kami percaya, menurut budi bicara mutlak kami, bahawa pendedahan Data Peribadi adalah perlu atau sesuai untuk mencegah kemudaratan fizikal atau kerugian kewangan; atau untuk melaporkan aktiviti tidak sah yang disyaki atau untuk menyiasat pelanggaran perjanjian pengguna;
  • untuk melindungi kepentingan utama seseorang;
  • untuk melindungi harta, Perkhidmatan dan hak perundangan kami;
  • untuk memudahkan pembelian atau penjualan semua atau sebahagian perniagaan PayPal;
  • berhubung dengan pengiriman dan perkhidmatan yang berkaitan untuk pembelian yang dibuat menggunakan Perkhidmatan;
  • untuk membantu menilai dan mengurus risiko serta mencegah penipuan terhadap kami, Pengguna kami dan penipuan yang melibatkan Laman Web kami atau penggunaan Perkhidmatan kami, termasuk penipuan yang berlaku pada atau melibatkan rakan perniagaan, usaha niaga strategik, atau individu dan peniaga lain kami, seperti eBay, Inc.;
  • kepada rakan perbankan seperti yang dikehendaki oleh peraturan persatuan kad untuk dimasukkan ke dalam senarai peniaga yang telah ditamatkan;
  • kepada agensi pelaporan dan pengumpulan kredit;
  • kepada syarikat yang kami rancang untuk bergabung atau diperoleh; dan
  • menyokong fungsi audit, pematuhan dan tadbir urus korporat kami.

Dengan kebenaran anda: Kami juga akan berkongsi Data Peribadi anda dan maklumat lain dengan persetujuan atau arahan anda, termasuk jika anda membenarkan sambungan akaun dengan akaun atau platform pihak ketiga. 

Selain itu, PayPal mungkin menyediakan data statistik teragregat kepada pihak ketiga, termasuk perniagaan lain dan orang awam, tentang bagaimana, bila dan mengapa Pengguna melayari Laman Web kami dan menggunakan Perkhidmatan kami.  Data ini tidak akan mengenal pasti atau memberikan maklumat tentang penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan oleh anda secara peribadi.  Kami tidak berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka tanpa kebenaran anda.

6. Bagaimana Kami Bekerja dengan Perkhidmatan dan Platform Lain? 

Manfaat dan inovasi yang ketara tentang Perkhidmatan PayPal adalah anda boleh menyambungkan Akaun anda dengan akaun atau platform pihak ketiga.  Untuk tujuan Pernyataan Privasi ini, "sambungan akaun" dengan pihak ketiga adalah sambungan yang anda benarkan atau dayakan antara Akaun anda dan akaun bukan PayPal, instrumen bayaran atau platform yang anda kawal secara sah atau sendiri.  Apabila anda membenarkan sambungan tersebut, PayPal dan pihak ketiga akan bertukar Data Peribadi anda dan maklumat lain secara langsung.  Contoh sambungan akaun termasuk:

  • memautkan Akaun anda ke akaun media sosial atau perkhidmatan mesej sosial;
  • menyambungkan Akaun anda kepada pengagregatan data pihak ketiga atau syarikat perkhidmatan kewangan, jika anda menyediakan syarikat tersebut dengan kelayakan log masuk Akaun anda; atau
  • menggunakan Akaun anda untuk membuat bayaran kepada peniaga atau membenarkan peniaga untuk mengecaj Akaun anda.

Jika anda memilih untuk mencipta sambungan akaun, kami mungkin menerima maklumat daripada pihak ketiga tentang anda dan penggunaan perkhidmatan pihak ketiga tersebut oleh anda.  Sebagai contoh, jika anda menyambungkan Akaun anda ke akaun media sosial, kami akan menerima Data Peribadi daripada penyedia media sosial melalui sambungan akaun.  Jika anda menyambungkan Akaun anda ke akaun kewangan lain, secara langsung atau melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga, kami mungkin mempunyai akses ke baki akaun dan maklumat transaksi anda, seperti pembelian dan pindahan dana.  Kami akan menggunakan semua maklumat sedemikian yang kami terima daripada pihak ketiga melalui sambungan akaun dalam cara yang konsisten dengan Pernyataan Privasi ini. 

Maklumat yang kami kongsi dengan pihak ketiga berdasarkan sambungan akaun akan digunakan dan didedahkan selaras dengan amalan privasi pihak ketiga.  Sebelum membenarkan sambungan akaun, anda perlu menyemak notis privasi mana-mana pihak ketiga yang akan mendapat akses ke Data Peribadi anda sebagai sebahagian daripada sambungan akaun.  Sebagai contoh, Data Peribadi yang dikongsi oleh PayPal dengan akaun atau platform pihak ketiga seperti akaun media sosial boleh dikongsi dengan pihak lain yang tertentu, termasuk orang awam, bergantung kepada amalan privasi akaun atau platform. 

7. Bagaimana Kami Menggunakan Kuki dan Teknologi Penjejakan? 

Apabila anda melayari Laman Web kami, menggunakan Perkhidmatan kami, atau melawat laman web pihak ketiga di mana kami menyediakan Perkhidmatan dalam talian, kami dan rakan perniagaan kami serta vendor boleh menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain (secara kolektif, "Kuki") untuk mengenal pasti anda sebagai Pengguna dan untuk menyesuaikan pengalaman dalam talian anda, Perkhidmatan yang anda gunakan, dan kandungan serta pengiklanan dalam talian lain; mengukur keberkesanan promosi dan melaksanakan analisis; dan untuk mengurangkan risiko, mencegah penipuan yang berpotensi, dan menggalakkan kepercayaan dan keselamatan di seluruh Laman Web dan Perkhidmatan kami.  Aspek dan ciri tertentu Perkhidmatan dan Laman Web kami hanya boleh didapati melalui penggunaan Kuki, jadi jika anda memilih untuk melumpuhkan atau menolak Kuki, penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan oleh anda mungkin terhad atau tidak mungkin.

Jangan Jejaki (Do Not Track, DNT) adalah tetapan pelayar pilihan yang membolehkan anda untuk menyatakan keutamaan anda mengenai penjejakan oleh pengiklan dan pihak ketiga yang lain.  Kami tidak bertindak balas terhadap isyarat DNT.

Sila semak Pernyataan tentang Kuki dan Teknologi Penjejakan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami menggunakan Kuki.

8. Apakah Pilihan Privasi yang Tersedia Untuk Anda?

Anda mempunyai pilihan apabila ia berkenaan amalan privasi dan komunikasi yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini. Kebanyakan pilihan anda mungkin diterangkan pada masa anda mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan atau dalam konteks penggunaan Laman Web oleh anda. Anda mungkin diberikan arahan dan prom semasa anda menavigasi Perkhidmatan.  

  • Pilihan Berkaitan Data Peribadi yang Kami Kumpul
    • Data Peribadi. Anda boleh menolak untuk memberikan Data Peribadi apabila diminta oleh PayPal, tetapi Perkhidmatan tertentu atau semua Perkhidmatan mungkin tidak tersedia untuk anda. 
    • Maklumat lokasi dan peringkat peranti lain. Peranti yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web atau Perkhidmatan mungkin mengumpul maklumat tentang anda, termasuk Maklumat Geolokasi dan data penggunaan Pengguna yang PayPal kemudiannya boleh kumpul dan gunakan. Untuk maklumat tentang keupayaan anda menyekat pengumpulan dan penggunaan maklumat tersebut, sila gunakan tetapan yang tersedia dalam peranti.
       
  • Pilihan Berkaitan Penggunaan Data Peribadi Anda
    • Perkhidmatan diperibadikan yang ditawarkan oleh PayPal di laman web dan perkhidmatan pihak ketiga. Anda boleh menguruskan keutamaan anda untuk Perkhidmatan PayPal lain yang diperibadikan dan ditawarkan kepada anda di laman web pihak ketiga daripada Akaun anda. Kami juga boleh menyediakan arahan dan prom tentang cara untuk menguruskan keutamaan anda dalam pengalaman Perkhidmatan.
    • Mencari dan berhubung dengan orang lain. Jika tersedia, anda boleh menguruskan keutamaan anda untuk mencari dan berhubung dengan orang lain daripada akaun Perkhidmatan yang anda gunakan.
       
  • Pilihan Berkaitan Sambungan Akaun
    • Jika anda membenarkan sambungan akaun ke akaun atau platform pihak ketiga, seperti akaun media sosial, anda mungkin boleh menguruskan keutamaan sambungan anda daripada Akaun anda, atau akaun atau platform pihak ketiga. Sila rujuk notis privasi yang mentadbir platform pihak ketiga untuk maklumat lanjut mengenai pilihan yang mungkin tersedia untuk anda.
       
  • Pilihan Berkaitan Kuki
  • Anda mungkin mempunyai pilihan yang tersedia untuk menguruskan keutamaan kuki anda. Sebagai contoh, pelayar atau peranti internet anda mungkin membenarkan anda memadam, melumpuhkan atau menyekat kuki tertentu dan teknologi penjejakan lain. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari AboutCookies.org. Anda boleh memilih untuk mendayakan pilihan ini, tetapi berbuat demikian boleh menghalang anda daripada menggunakan banyak ciri teras dan fungsi yang terdapat pada Perkhidmatan atau Laman Web.
  • Anda mungkin mempunyai pilihan mengenai penggunaan kuki dan teknologi penjejakan lain apabila anda menggunakan Perkhidmatan atau melayari bahagian tertentu Laman Web. Sebagai contoh, anda mungkin ditanya jika anda mahu Perkhidmatan atau Laman Web untuk "mengingati" perkara tertentu tentang anda, dan kami akan menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain setakat yang anda benarkan.
  • Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kuki dan teknologi penjejakan kami dengan melayari halaman Pernyataan tentang Kuki dan Teknologi Penjejakan.
     
  • Pilihan Berkaitan Pendaftaran dan Maklumat Akaun Anda
    • Jika anda mempunyai Akaun, anda secara umumnya boleh menyemak dan mengedit Data Peribadi dengan log masuk dan mengemas kini maklumat secara langsung atau dengan menghubungi kami. Hubungi kami jika anda tidak mempunyai Akaun atau jika anda mempunyai soalan mengenai Maklumat akaun anda atau Data Peribadi lain.
       
  • Pilihan Berkaitan Komunikasi
    • Notis, Makluman dan Kemas Kini daripada Kami:  
      • Pemasaran: Kami mungkin akan menghantar kepada anda kandungan pemasaran tentang Laman Web kami, Perkhidmatan, produk, produk yang kami tawarkan bersama dengan institusi kewangan, serta produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang tidak bergabung dan ahli keluarga korporat PayPal melalui pelbagai saluran komunikasi, contohnya, e-mel, teks, tetingkap timbul, pemberitahuan tolak, dan aplikasi pemesejan.  Anda boleh memilih untuk keluar daripada komunikasi pemasaran ini dengan mengikuti arahan dalam komunikasi yang anda terima.  Jika anda mempunyai Akaun dengan kami, anda juga boleh mengubah keutamaan komunikasi anda dalam tetapan Akaun anda.  Untuk mesej yang dihantar melalui pemberitahuan tolak, anda boleh menguruskan keutamaan dalam peranti anda.
      • Maklumat dan Lain-lain: Kami akan menghantar komunikasi kepada anda yang diwajibkan atau perlu untuk dihantar kepada Pengguna Perkhidmatan kami, pemberitahuan yang mengandungi maklumat penting dan komunikasi lain yang anda minta daripada kami. Anda tidak boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi ini.  Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh mengubah media dan format anda menerima notis ini.

9. Apakah Hak Anda?

Tertakluk pada had yang dinyatakan dalam Undang-undang Perlindungan Data, anda mempunyai hak tertentu berkaitan data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data, pembetulan dan kemudahalihan data anda. Sila hubungi kami jika anda ingin melaksanakan hak ini.

Anda mungkin mempunyai hak untuk menyemak keputusan automatik. Anda juga boleh membatalkan keizinan anda. Pembatalan keizinan anda mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda, hubungi kami. Jika anda ingin melengkapkan permintaan untuk mengakses semua data peribadi yang ditahan oleh PayPal tentang anda, ingat bahawa anda mungkin dikehendaki membuktikan identiti anda

Jika anda mempunyai Akaun dengan mana-mana Perkhidmatan kami, secara amnya anda akan dapat menyemak dan mengedit Data Peribadi dalam Akaun dengan mengakses akaun dan mengemas kini maklumat secara terus. Hubungi kami jika anda tidak mempunyai Akaun atau jika anda mempunyai soalan tentang Maklumat akaun anda atau Data Peribadi lain.

10. Bagaimanakah Kami Melindungi Data Peribadi Anda?

Kami mengekalkan langkah keselamatan teknikal, fizikal dan pentadbiran yang direka untuk menyediakan perlindungan yang munasabah untuk Data Peribadi anda daripada kerugian, penyalahgunaan, akses tidak sah, pendedahan, dan pengubahan. Langkah keselamatan termasuk tembok api, penyulitan data, kawalan akses fizikal ke pusat data kami, dan kawalan pengesahan akses maklumat.  Walaupun kami berdedikasi untuk melindungi sistem dan Perkhidmatan kami, anda bertanggungjawab untuk melindungi dan mengekalkan privasi kata laluan dan maklumat pendaftaran Akaun/profil anda dan mengesahkan bahawa Data Peribadi yang kami kekalkan tentang anda adalah tepat dan terkini.  Kami tidak bertanggungjawab untuk melindungi sebarang Data Peribadi yang kami kongsikan dengan pihak ketiga berdasarkan sambungan akaun yang anda telah benarkan.

11. Bolehkah Kanak-kanak Menggunakan Perkhidmatan Kami?

Laman Web dan Perkhidmatan tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.  Kami tidak mengumpul maklumat secara sengaja, termasuk Data Peribadi daripada kanak-kanak atau individu lain yang tidak dibenarkan secara sah untuk menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan kami. Sekiranya kami mendapat tahu perkara sebenar bahawa kami telah mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan segera memadamnya, melainkan sekiranya kami diwajibkan secara sah untuk mengekalkan data tersebut. Hubungi kami jika anda percaya bahawa kami telah tersilap atau secara tidak sengaja mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

12. Apakah Perkara Lain yang Perlu Anda Tahu?

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami mungkin menyemak semula Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan pada perniagaan kami, Laman Web atau Perkhidmatan, atau undang-undang yang berkenaan.  Pernyataan Privasi yang telah disemak semula akan berkuatkuasa pada tarikh kuat kuasa yang disiarkan. 

Jika versi yang disemak semula melibatkan perubahan yang besar, kami akan memberi anda notis 30 hari lebih awal dengan menghantar notis perubahan pada halaman “Pengemaskinian Polisi” laman web kami.  Kami juga mungkin akan memaklumkan Pengguna tentang perubahan menggunakan e-mel atau cara lain. 

Pemindahan Data Peribadi Anda ke Negara Lain

Operasi kami disokong oleh rangkaian komputer, pelayan berasaskan awan, dan infrastruktur serta teknologi maklumat yang lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga.  Kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami menyimpan dan Memproses Data Peribadi anda di Amerika Syarikat dan di tempat lain di dunia.  Kami akan melindungi maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini sekiranya pindahan Data Peribadi anda dibuat ke negara lain.  Dengan menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan kami, anda bersetuju bagi pindahan Data Peribadi anda ke negara lain, termasuk negara yang mempunyai peraturan perlindungan data yang berbeza daripada negara anda.  Kami tidak menggambarkan bahawa Laman Web dan Perkhidmatan kami adalah sesuai atau tersedia dalam mana-mana bidang kuasa tertentu. 

13. Hubungi Kami

Anda boleh menghubungi kami jika anda mempunyai soalan umum tentang Pernyataan Privasi dan amalan kami atau soalan tentang Maklumat Akaun atau Data Peribadi anda.

Kami mahu memastikan soalan anda pergi ke tempat yang betul:

  • Klik di sini untuk menghubungi tentang akaun PayPal atau transaksi anda, atau bayaran kad yang dibuat kepada peniaga.

  • Klik di sini untuk menghubungi kami tentang akaun Xoom anda

Pegawai Perlindungan Data kami boleh dihubungi Dalam talian atau melalui pos di 5 Temasek Boulevard 09-01, Menara Suntec 5, Singapura 038985. Sila tandakan surat anda dengan "kepada Pegawai Perlindungan Data".

14. Definisi

Akaun bermaksud akaun ahli PayPal atau Xoom.

Maklumat Peranti bermaksud data yang boleh dikumpul secara automatik daripada sebarang peranti yang digunakan untuk mengakses Laman Web atau Perkhidmatan.  Maklumat tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jenis peranti anda; sambungan rangkaian peranti anda; nama peranti anda; alamat IP peranti anda; maklumat tentang pelayar web peranti anda dan sambungan internet yang digunakan untuk mengakses Laman Web atau Perkhidmatan; Maklumat Geolokasi; maklumat tentang apl yang dimuat turun ke peranti anda; dan data biometrik (cth., ID Sentuh/Cap Jari untuk mengesahkan identiti anda).

Maklumat Geolokasi bermaksud maklumat yang mengenal pasti lokasi anda dengan spesifik yang munasabah menggunakan, misalnya, koordinat longitud dan latitud yang diperoleh melalui GPS, Wi-Fi, atau triangulasi lokasi sel.  Sesetengah Perkhidmatan kami mungkin meminta kebenaran anda untuk berkongsi lokasi semasa anda.  Sesetengah Laman Web dan Perkhidmatan memerlukan maklumat ini untuk menyediakan produk tertentu atau Perkhidmatan dalam talian.  Jika anda tidak bersetuju dengan pengumpulan maklumat geolokasi kami, Laman Web atau Perkhidmatan kami mungkin tidak berfungsi dengan betul apabila anda cuba menggunakannya.

PayPal bermaksud PayPal Pte. Ltd. dan anak syarikat atau sekutunya.  Di dalam Pernyataan Privasi ini, PayPal kadangkala dirujuk sebagai "kami", bergantung kepada konteks.

Data Peribadi bermaksud maklumat peribadi yang boleh dikaitkan dengan orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.  "Data Peribadi" boleh termasuk nama, alamat pos (termasuk alamat bil dan penghantaran), nombor telefon, alamat e-mel, nombor kad bayaran, maklumat akaun kewangan lain, nombor akaun, tarikh lahir, dan kelayakan yang dikeluarkan kerajaan (contohnya, nombor lesen memandu, ID negara, pasport, nombor Keselamatan Sosial dan ID Pembayar Cukai).  Data Peribadi tidak termasuk maklumat yang tidak mengenal pasti Pengguna tertentu.

Proses bermaksud apa-apa kaedah atau cara kami mengendalikan Data Peribadi atau set Data Peribadi, sama ada dengan cara automatik atau tidak, seperti pengumpulan, rakaman, pengurusan, penstrukturan, penyimpanan, penyesuaian atau pengubahan, pengambilan semula, dan perundingan, pendedahan melalui penghantaran, penyebaran atau sebaliknya menyediakan, penjajaran atau gabungan, sekatan, pemadaman atau pemusnahan Data Peribadi.

Perkhidmatanbermaksud apa-apa produk, perkhidmatan, kandungan, ciri, teknologi, atau fungsi, dan semua laman web yang berkaitan, aplikasi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda melalui PayPal.

Lamanbermaksud laman web, aplikasi mudah alih, platform media sosial rasmi, atau ciri-ciri dalam talian lain di mana PayPal menawarkan Perkhidmatan dan yang telah disiarkan atau dipautkan ke Pernyataan Privasi ini.

Data Penggunaan Teknikalbermaksud maklumat yang kami kumpul daripada telefon, komputer anda atau peranti lain yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web atau Perkhidmatan.  Data Penggunaan Teknikal memberitahu kami cara anda menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan, seperti apa yang anda cari dan lihat di Laman Web dan cara anda menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk alamat IP anda, statistik mengenai cara halaman dimuatkan atau dilihat, laman web yang anda lawati sebelum pergi ke Laman Web dan maklumat penggunaan dan pelayaran lain yang dikumpul melalui Kuki.

Penggunabermaksud individu yang menggunakan perkhidmatan atau mengakses Laman Web ini.

 

15. Maklumat Tambahan

Maklumat yang disediakan dalam seksyen ini mungkin khusus kepada pelanggan yang bergantung pada rantau anda atau diberikan kepada PayPal daripada pihak ketiga yang mungkin anda telah berinteraksi apabila menggunakan Perkhidmatan. Anda boleh menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai butiran dalam seksyen ini.

Google ReCaptcha

PayPal menggunakan ReCaptcha di Laman Web dan Perkhidmatan. Penggunaan ReCaptcha oleh anda adalah tertakluk kepada Polisi Privasi dan Terma Penggunaan Google.

ReCaptcha hanya digunakan untuk melawan spam dan penyalahgunaan.