Terakhir dikemas kini pada 8 Oktober 2014
Terakhir dikemas kini pada 8 Oktober 2014
Dasar ini terpakai kepada pengguna di negara berikut: Albania, Algeria, Antigua dan Barbuda, Barbados, Belize, Bosnia dan Herzegovina, Dominica, Mesir, Fiji, French Polynesia, Grenada, Lesotho, Malawi, New Caledonia, Palau, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Seychelles, Trinidad dan Tobago, Turki dan Caicos.
Perjanjian Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal ("Perjanjian") ini adalah kontrak antara anda dan PayPal. Perjanjian ini terpakai kepada anda sebagai tambahan kepada Perjanjian Pengguna dan lain-lain perjanjian yang berkenaan. Semua terma dengan huruf besar mempunyai definisi yang telah disediakan dalam Perjanjian ini, atau jika definisi tidak disediakan dalam Perjanjian ini, definisi dalam Perjanjian Pengguna akan digunakan. Anda perlu membaca, bersetuju dan menerima semua terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. Kami boleh meminda Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah disemak semula di laman web kami. Versi yang disemak semula akan berkuat kuasa pada masa siaran. Di samping itu, jika versi yang dipinda termasuk Perubahan Besar, kami akan memberikan anda notis 30 hari sebelum Perubahan Besar dengan menyiarkan notis di halaman "Pengemaskinian Dasar" laman web kami.
Penerimaan Dana dan Pindahan Automatik PayPal membolehkan anda menerima bayaran ke dalam akaun PayPal anda dan memindahkan amaun tersebut secara automatik ke akaun bank AS yang dipautkan atau kad kredit Visa anda. Semua bayaran yang anda terima adalah tertakluk kepada tempoh tahanan 30 hari. Sila baca terma dan syarat ini untuk memahami syarat PayPal untuk menerima bayaran.
Jumlah Bayaran Bulanan | Yuran | Kategori Kadar | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
$0.01 - $3,000.00 USD (atau setaraf) | 4.9% + Yuran Tetap | Kadar Standard | |||||
$3,000,01 - $10,000.00 USD (atau setaraf) | 4.4% + Yuran Tetap | Kadar Peniaga | |||||
$10,000.01 - $100,000.00 USD (atau setaraf) | 4.2% + Yuran Tetap | Kadar Peniaga | |||||
$100,000.01 USD dan lebih (atau setaraf) | 3.9% + Yuran Tetap | Kadar Peniaga |
Mata wang | Yuran Tetap | |||
---|---|---|---|---|
Dolar Australia: | $0.30 AUD | |||
Real Brazil: | R$0.60 BRL | |||
Dolar Kanada: | $0.30 CAD | |||
Koruna Czech: | 10.00 CZK | |||
Kroner Denmark: | 2.60 DKK | |||
Euro: | €0.35 EUR | |||
Dolar Hong Kong: | $2.35 HKD | |||
Forint Hungary: | 90 HUF | |||
Shekel Israel: | 1.20 ILS | |||
Yen Jepun: | ¥40 JPY | |||
Ringgit Malaysia: | 2.00 MYR | |||
Peso Mexico: | 4.00 MXN | |||
Dolar New Zealand: | $0.45 NZD | |||
Krone Norway: | 2.80 NOK | |||
Peso Filipina: | 15.00 PHP | |||
Zlotych Poland: | 1.35 PLN | |||
Dolar Singapura: | $0.50 SGD | |||
Krona Sweden: | 3.25 SEK | |||
Franc Swiss: | 0.55 CHF | |||
Dolar Baharu Taiwan: | $10 TWD | |||
Baht Thai: | 11 THB | |||
Paun Sterling U.K.: | £0.20 GBP | |||
Dolar A.S.: | $0.30 USD |