Pusat Bantuan - Akaun Peribadi

Di manakah saya boleh mendapatkan kod PayPal untuk mengesahkan kad saya?

Anda akan menemui kod PayPal 4 digit anda pada penyata kad debit atau kredit anda yang berhampiran dengan amaun caj. Jika penyata kad dalam talian anda menunjukkan transaksi "belum selesai", anda akan melihat kod tersebut dalam masa beberapa minit. Jika tidak, penyata kad dalam talian anda akan menunjukkan kod 2-3 hari bekerja selepas kami mengenakan caj. Kami tidak dapat memberikan kod melalui e-mel atau telefon.

Kod anda akan muncul dalam bahagian penerangan item penyata anda dan akan kelihatan seperti ini:


PayPal*1234 KOD atau PP*1234 KOD

Berikut ialah cara untuk menyelesaikan pengesahan kad anda dengan kod PayPal 4 digit daripada pelayar web:

  1. Pergi ke Dompet anda.
  2. Klik kad yang ingin anda sahkan.
  3. Masukkan kod 4-digit dan klik Sahkan.

Jika anda tidak mengesahkan kad anda, anda akan mendapat amaun kecil tersebut kembali secara automatik 75 hari dari tarikh caj. Dalam bidang kuasa tertentu, kredit ini sebenarnya tidak boleh dihantar ke kad anda selama 30 hari lagi.

Jika anda mengalih keluar kad anda atau menutup akaun anda sebelum menerima bayaran balik, bayaran balik mungkin gagal. Dalam kes tersebut, hubungi kami dan kami akan membuat bayaran balik caj secara manual.

Bagaimanakah saya mengesahkan kad kredit atau debit saya dengan PayPal?

Lebih banyak cara kami boleh membantu

Kami akan menggunakan kuki untuk memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda jika anda terus melayari. Adakah OK jika kami juga menggunakan kuki untuk menunjukkan iklan yang diperibadikan kepada anda? Ketahui lebih lanjut dan uruskan kuki anda