Dasar Guna Boleh Terima PayPal

 

>> Lihat semua perjanjian undang-undang

Dasar Guna Boleh Terima PayPal

Kemas Kini Terakhir: 6 Mei 2021

 

Anda bertanggungjawab secara bebas untuk mematuhi semua undang-undang yang bersesuaian dalam semua tindakan anda yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan PayPal oleh anda, tanpa mengira tujuan penggunaan. Di samping itu, anda mesti mematuhi terma Dasar Guna Boleh Terima ini.

 

Aktiviti Terlarang

Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan PayPal untuk aktiviti yang:

  1. melanggar mana-mana undang-undang, statut, ordinan atau peraturan.
  2. berkaitan dengan transaksi yang melibatkan (a) narkotik, steroid, bahan terkawal tertentu atau produk lain yang memberi risiko kepada keselamatan pengguna, (b) alatan penagihan dadah, (c) rokok, (d) item yang mendorong, menggalakkan, memudahkan atau mengarahkan orang lain untuk terlibat dalam aktiviti haram, (e) barangan curi termasuk barangan digital dan maya, (f) penggalakan kebencian, keganasan, perkauman atau lain-lain bentuk sikap tidak bertoleransi yang mendiskriminasi atau eksploitasi kewangan sesuatu jenayah, (g) item yang dianggap sebagai lucah, (h) item yang menyalahi atau melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagangan, hak publisiti atau privasi atau sebarang hak proprietari lain di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa, (i) bahan atau perkhidmatan berorientasikan seksual, (j) peluru, senjata api, atau bahagian atau aksesori senjata api yang tertentu, atau (k) senjata atau pisau tertentu yang dikawal selia di bawah undang-undang bersesuaian.
  3. berkaitan dengan transaksi yang (a) menunjukkan maklumat peribadi pihak ketiga yang melanggar undang-undang terpakai, (b) menyokong skim piramid atau ponzi, program matriks, lain-lain skim "cepat kaya" atau program pemasaran berbilang aras tertentu, (c) dikaitkan dengan pembelian anuiti atau kontrak loteri, sistem ansuran barang tertahan, perbankan pesisir pantai atau transaksi untuk membiayai atau membiayai semula hutang yang dibiayai oleh kad kredit, (d) dijalankan untuk penjualan item tertentu sebelum penjual mempunyai kawalan atau memiliki item tersebut, (e) dijalankan oleh pemproses bayaran untuk memungut bayaran bagi pihak peniaga, (f) berkaitan dengan penjualan cek kembara atau kiriman wang, (g) melibatkan perniagaan pertukaran mata wang atau penunaian cek, (h) melibatkan pemulihan kredit tertentu, perkhidmatan penyelesaian hutang, transaksi kredit atau aktiviti insurans, atau (i) melibatkan tawaran atau menerima bayaran bagi tujuan sogokan atau rasuah.
  4. melibatkan penjualan produk atau perkhidmatan yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan sebagai kemungkinan besar adalah penipuan.

 

Aktiviti Memerlukan Kelulusan

PayPal memerlukan prakelulusan untuk menerima bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti yang diperincikan dalam carta di bawah.

Perkhidmatan yang Memerlukan Prakelulusan

Maklumat Perhubungan

Syarikat penerbangan dan pengendali carter/jet/teksi udara yang berjadual atau tidak berjadual; mengumpul derma sebagai organisasi amal atau bukan keuntungan; urusan barang kemas, logam dan batu berharga; bertindak sebagai pengutus wang atau menjual kad nilai yang disimpan; menjual saham, bon, sekuriti, opsyen, niaga hadapan (forex) atau kepentingan pelaburan dalam mana-mana entiti atau hartanah; atau menyediakan perkhidmatan escrow.

 

 

 

 

Jika anda mempunyai soalan tentang cara mendapatkan pra-kelulusan atau membuka akaun Perniagaan PayPal baharu yang menawarkan perkhidmatan yang memerlukan pra-kelulusan, sila hubungi Pasukan jualan kami

Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail atau akses ke kumpulan berita; atau menjual minuman beralkohol, produk tembakau bukan rokok, e-rokok atau ubat-ubatan/peranti preskripsi.

Aktiviti yang melibatkan perjudian, permainan dan/atau sebarang aktiviti lain yang memerlukan bayaran masuk dan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada permainan kasino, pertaruhan sukan, lumba kuda atau anjing greyhound, sukan fantasi, tiket loteri, usaha niaga lain yang memudahkan perjudian, permainan kemahiran (sama ada ditakrifkan secara sah sebagai perjudian atau tidak) dan cepu lumba kuda, jika pengendali dan pelanggan tinggal dalam bidang kuasa di mana aktiviti sedemikian dibenarkan oleh undang-undang.

 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Polisi Guna Boleh Terima, sila rujuk Pusat Bantuan kami.

 

Pelanggaran Dasar Guna Boleh Terima

Kami menggalakkan anda untuk melaporkan pelanggaran Polisi Guna Boleh Terima ini kepada PayPal dengan segera. Jika anda mempunyai soalan mengenai sama ada sesuatu jenis transaksi mungkin melanggar Polisi Guna Boleh Terima, atau ingin memfailkan laporan, anda boleh melakukannya di sini.