>> Lihat semua perjanjian undang-undang

Perjanjian Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian PayPal (sebelum ini Perjanjian Kad Kredit dan Debit Lanjutan PayPal)

Kemas Kini Terakhir: 31 Mei 2021

Cetak

 

 

Tentang Perjanjian ini

Perjanjian Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian ini ("Perjanjian Kad") (sebelum ini Perjanjian Kad Kredit dan Debit Lanjutan) ialah kontrak antara anda (“Peniaga” “anda”) dan PayPal Pte. Ltd. ("PayPal" atau "kami" seperti yang diperlukan mengikut konteks). Anda bersetuju bahawa apa-apa penggunaan oleh anda terhadap mana-mana Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang kami tawarkan kepada anda akan membentuk penerimaan anda terhadap Perjanjian Kad ini dan kami mengesyorkan supaya anda menyimpan atau mencetak satu salinan Perjanjian Kad ini.

Perjanjian Kad ini, Perjanjian Pengguna PayPal, dan mana-mana perjanjian lain yang terpakai yang anda telah meterai dengan PayPal (secara kolektif “Perjanjian PayPal”) akan diguna pakai bagi penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian. Untuk terus mendapatkan satu atau lebih Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam talian di bawah, anda mesti membaca, bersetuju dengan dan menerima semua terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kad ini.

Kami boleh meminda atau sebaliknya mengkaji semula Perjanjian Kad ini dan mana-mana polisi yang terpakai dari semasa ke semasa. Versi yang disemak semula akan berkuat kuasa pada masa kami menyiarkan versi itu di Laman Web PayPal, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Jika perubahan kami mengurangkan hak anda atau meningkatkan tanggungjawab anda, kami akan menyiarkan notis pada halaman Pengemaskinian Polisi Laman Web kami dan memberi anda notis awal dengan tempoh masa yang sama seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Pengguna PayPal. Tempoh notis awal tidak akan diberikan jika perubahan berkaitan dengan penambahan perkhidmatan baharu, fungsi tambahan kepada Perkhidmatan yang sedia ada, atau mana-mana perubahan lain yang kami percaya pada pendapat kami yang munasabah, tidak mengurangkan hak anda atau meningkatkan tanggungjawab anda. Dalam keadaan sedemikian, perubahan akan dibuat tanpa notis kepada anda dan akan berkuat kuasa serta-merta pada masa kami menyiarkan perubahan tersebut di Laman Web kami.

Dengan terus menggunakan Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian selepas mana-mana perubahan pada Perjanjian Kad ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana perubahan pada Perjanjian Kad ini, anda boleh, seperti yang berkenaan, menamatkan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian seperti yang dinyatakan dalam fasal 7 sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa dan/atau menutup akaun anda.  Walaupun anda boleh menutup akaun PayPal anda pada bila-bila masa dan tanpa caj, sila ambil perhatian bahawa anda masih boleh bertanggungjawab terhadap kami selepas anda menamatkan Perjanjian Kad ini untuk mana-mana liabiliti yang mungkin anda tertanggung dan bertanggungjawab sebelum menamatkan Perjanjian Kad ini.

"Perkhidmatan “Bayaran Kad Dalam Talian” bermaksud set perkhidmatan pemprosesan bayaran yang ditawarkan oleh PayPal yang memberikan peniaga keupayaan untuk menerima dan menerima bayaran kad kredit dan debit di laman web atau aplikasi mudah alih atau melalui telefon. Untuk tujuan Perjanjian ini, perkhidmatan ini termasuk Bayaran Kad Kredit dan Debit Lanjutan, Perlindungan Penipuan, Bayaran Pro, dan Terminal Maya.

Untuk tujuan Perjanjian ini, Perkhidmatan ini termasuk:

  1. Bayaran Kad Kredit dan Debit Lanjutan: kefungsian untuk menerima transaksi kad kredit dan debit.
  2. Perlindungan Penipuan: Perkhidmatan pilihan disediakan oleh PayPal untuk membolehkan anda mengakses ciri pengurusan risiko tambahan yang boleh membantu untuk melindungi anda daripada potensi transaksi penipuan, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di Laman Web PayPal.
  3. Bayaran Pro atau PayPal Bayaran Pro (juga dikenali sebagai Laman Web Bayaran Pro), bermaksud set Perkhidmatan yang terdiri daripada Butang Bayaran PayPal, Bayaran Terus dan Terminal Maya, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam dokumen Pembangun PayPal. Perkhidmatan tambahan pilihan termasuk Perlindungan Penipuan dan Bayaran Berulang, yang semuanya diterangkan sepenuhnya di Laman Web PayPal.
  4. Terminal Maya atau VT: bermaksud Perkhidmatan yang membolehkan anda menerima bayaran kad dengan memasukkan Data Kad yang diberikan kepada anda oleh pelanggan secara manual.

Setiap Perkhidmatan di atas termasuk satu atau lebih API perkhidmatan bayaran kad dalam talian PayPal atau SDK PayPal.

Terma huruf besar ditakrifkan dalam seksyen 12 di bawah. Sila lihat, muat turun dan simpan Perjanjian Kad ini.

 

Lompat ke seksyen:

1. Menyediakan dan mengaktifkan Perkhidmatan anda

2. Yuran

3. Keselamatan Maklumat; Perlindungan Data; Kemudahalihan Data

4. Perjanjian Pengguna dan cara dokumen guaman kami digunakan

5. Penggunaan Butang Bayaran PayPal

6. Persetujuan Pengebilan Berulang/Bayaran Berulang untuk Perkhidmatan Tertentu.

7. Lesen perisian

8. Terma perbankan untuk Transaksi Kad

9. Penamatan dan penggantungan

10. Perlindungan Penipuan

11. Pelbagai

12. Definisi

13. Jadual 1 – Keperluan Keselamatan Data

14. Jadual 2 – Perjanjian Bank

15. Jadual 3 – Terma Perlindungan Penipuan

 

1. Menyediakan dan mengaktifkan Perkhidmatan anda

  1. Bermula. Untuk mendapatkan dan menggunakan Perkhidmatan yang berkaitan, anda mesti melaksanakan perkara berikut:
    1. melengkapkan proses permohonan dalam talian untuk Perkhidmatan yang berkaitan, membuka akaun perniagaan PayPal (jika anda belum ada), dan mengikut arahan kami yang dinyatakan dalam proses dalam talian PayPal untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan anda.
    2. mengintegrasikan Perkhidmatan yang berkaitan dalam proses bayaran laman web anda. Anda tidak perlu mengintegrasikan Perkhidmatan anda dalam proses bayaran laman web anda jika anda hanya mengakses dan menggunakan Terminal Maya. PayPal tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah yang mungkin berlaku dengan mengintegrasikan Perkhidmatan anda ke laman web 'langsung' anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih, menetapkan, mengintegrasikan dan menyesuaikan Perkhidmatan anda dan memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.
    3. mengaktifkan Perkhidmatan anda dengan menggunakan perkhidmatan dalam transaksi bayaran ‘langsung’ buat kali pertama.
  2. Kesetaraan antara kaedah bayaran. Dengan menggunakan Perkhidmatan, PayPal membenarkan anda menerima kad debit dan kredit secara langsung. Dalam memaparkan pilihan bayaran di laman web anda, anda mesti memaparkan logo PayPal dan Persatuan Kad dengan saiz dan cara menonjol yang sama antara satu sama lain dan antara kaedah bayaran lain. Anda tidak boleh memaparkan keutamaan untuk, atau tidak boleh mendiskriminasi satu kaedah bayaran berbanding yang lain. Dalam menggunakan logo dan butang PayPal, anda juga bersetuju untuk mematuhi standard penggunaan logo yang terdapat di: https://www.paypal.com/sg/cgi-bin/webscr?cmd=xpt/Marketing/general/OnlineLogoCenter-outside atau seperti yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
  3. Pengesahan laporan kredit. Anda membenarkan PayPal untuk memberikan maklumat mengenai Transaksi Kad perniagaan dan individu anda kepada pihak ketiga untuk tujuan memudahkan penerimaan dan penyelesaian Transaksi Kad anda dan berkaitan dengan item, termasuk caj balik, bayaran balik, pertikaian, pelarasan, dan pertanyaan lain. Anda bersetuju untuk membenarkan PayPal untuk mendapatkan sejarah kredit dan maklumat kewangan anda daripada pihak ketiga tentang keupayaan anda untuk melaksanakan tanggungjawab anda di bawah Perjanjian Kad ini mengikut cara yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi PayPal. PayPal akan menyemak kredit anda dan faktor risiko lain bagi akaun PayPal anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada, pembalikan dan caj balik, aduan pelanggan, tuntutan) secara berterusan. PayPal akan menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat yang diperoleh selaras dengan Pernyataan Privasi PayPal.
  4. Pembatalan. PayPal boleh menamatkan akses anda dan/atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan dan/atau menamatkan Perjanjian Kad ini pada bila-bila masa sebelum Tarikh Pengaktifan dengan memaklumkan anda.

 

2. Yuran

Sebagai balasan PayPal memberikan Perkhidmatan kepada anda, anda bersetuju untuk membayar yuran dalam amaun dan cara yang dipersetujui dengan PayPal semasa proses permohonan.

 

3. Keselamatan Maklumat; Perlindungan Data; Kemudahalihan Data

  1. Pematuhan Jadual Keselamatan Data. Anda bersetuju untuk mematuhi Jadual 1 di bawah yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Kad ini.
  2. Harga dan mata wang. Anda tidak boleh menghantar transaksi bayaran yang amaunnya merupakan hasil daripada penukaran mata wang dinamik. Ini bermakna yang anda tidak boleh menyenaraikan item dalam satu mata wang dan kemudian menerima bayaran dalam mata wang yang berbeza. Jika anda menerima bayaran dalam lebih daripada satu mata wang, anda mesti menyenaraikan harga secara berasingan untuk setiap mata wang.
  3. Pematuhan Adendum Perlindungan Data. Anda (sebagai Peniaga) dan kami bersetuju untuk mematuhi adendum perlindungan data yang terdapat di sini, yang membentuk sebahagian daripada Perjanjian Kad ini. Terma Jadual Perlindungan Data diguna pakai atas mana-mana terma yang bercanggah dalam Perjanjian Kad ini yang berkaitan dengan perlindungan data dan privasi.
  4. Kemudahalihan Data. Apabila Perjanjian Kad ini tamat atau tamat tempoh, PayPal bersetuju, atas permintaan bertulis daripada Peniaga, untuk memberikan mana-mana maklumat kad kredit yang tersedia termasuk data peribadi yang berkaitan dengan Pelanggan Peniaga (“Maklumat Kad”) kepada bank pemeroleh atau pembekal perkhidmatan bayaran (“Penerima Data”) baharu Peniaga. Untuk berbuat demikian, Peniaga mesti memberikan kepada PayPal semua maklumat yang diminta termasuk bukti bahawa Penerima Data mematuhi Keperluan PCI-DSS Persatuan dan PCI tahap 1. PayPal bersetuju untuk memindahkan Maklumat Kad kepada Penerima Data selagi perkara berikut dipatuhi: (a) Peniaga memberikan bukti kepada PayPal bahawa Penerima Data mematuhi Keperluan PCI-DSS Persatuan (Patuh PCI tahap 1) dengan memberikan sijil atau laporan mengenai pematuhan Keperluan PCI-DSS Persatuan kepada PayPal daripada pembekal yang layak dan mana-mana maklumat lain yang diminta dengan wajar oleh PayPal; (b) pemindahan Maklumat Kad tersebut mematuhi versi terkini Keperluan PCI-DSS Persatuan; dan (c) pemindahan Maklumat Kad tersebut dibenarkan di bawah Peraturan Persatuan yang terpakai, dan mana-mana undang-undang,aturan atau peraturan terpakai (termasuk undang-undang perlindungan data).

 

4. Perjanjian Pengguna dan cara dokumen guaman kami diguna pakai

  1. Perjanjian Pengguna diguna pakai. Terma Perjanjian Pengguna  diguna pakai kepada anda dan digabungkan melalui rujukan dalam Perjanjian Kad ini. Terma perkhidmatan PayPal dalam Perjanjian Pengguna akan merangkumi Perkhidmatan berkenaan. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara Perjanjian Kad ini dan Perjanjian Pengguna, Perjanjian Kad ini menggantikan Perjanjian Pengguna, tetapi hanya setakat tahap ketakkonsistenan itu dan berkaitan dengan Perkhidmatan yang berkaitan. Perjanjian Pengguna boleh didapati melalui pautan di bahagian bawah hampir setiap halaman web PayPal. Perjanjian Pengguna merangkumi peruntukan penting yang:
    1. membenarkan PayPal mengambil rizab untuk menjamin kewajipan anda untuk membayar caj balik, pembalikan dan yuran;
    2. mewajibkan anda untuk mengikut Polisi Guna Boleh Terima PayPal dalam penggunaan PayPal anda;
    3. memberi kesan yang sah kepada Pernyataan Privasi PayPal, yang mengawal penggunaan dan pendedahan maklumat anda dan Pelanggan yang Dikongsi; dan
    4. membenarkan PayPal menyekat bayaran atau akaun PayPal anda dalam keadaan yang disenaraikan dalam Perjanjian Pengguna.
  2. Bayaran yang gagal dan peralatan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab terhadap caj balik, pembalikan dan bayaran tidak sah yang lain seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pengguna, tanpa mengira cara anda menggunakan dan mengkonfigurasi Perkhidmatan anda, termasuk teknologi penapis penipuan dan peralatan pencegahan yang serupa (jika ada) atau penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Perlindungan Penipuan. Peralatan tersebut berguna dalam mengesan penipuan dan mengelakkan kegagalan bayaran, tetapi peralatan tersebut tidak menjejaskan tanggungjawab dan liabiliti anda mengikut Perjanjian Pengguna terhadap caj balik, pembalikan dan bayaran yang sebaliknya tidak sah.

 

5. Penggunaan Butang Bayaran PayPal

Jika anda menggunakan Bayaran Kad Kredit dan Debit Lanjutan, Bayaran Pro, atau Aliran Bayaran bagi Bayaran Pro, anda mesti menggunakan Butang Bayaran PayPal dengan cara berikut:

  1. Anda mesti menyertakan Butang Bayaran PayPal sama ada: (i) sebelum anda meminta alamat penghantaran/pengebilan dan maklumat kewangan lain daripada pelanggan anda, atau (ii) pada halaman yang sama anda mengumpul maklumat tersebut jika anda menggunakan hanya satu halaman untuk proses daftar keluar anda.
  2. Anda mesti menawarkan PayPal sebagai pilihan bayaran bersama-sama dengan pilihan bayaran lain yang anda tawarkan. Tanda penerimaan PayPal mesti dipaparkan sama menonjol dengan logo untuk pilihan bayaran anda yang lain. Anda tidak boleh mendiskriminasi terhadap PayPal, atau tidak menggalakkan penggunaan PayPal, sebagai pilihan bayaran berbanding mana-mana pilihan bayaran lain yang anda tawarkan.
  3. Anda mesti memberi pelanggan anda pilihan untuk tidak menyimpan maklumat peribadi mereka, termasuk alamat e-mel, alamat penghantaran/pengebilan, dan maklumat kewangan mereka.

 

6. Persetujuan Pengebilan Berulang/Bayaran Berulang untuk Perkhidmatan Tertentu.

Jika anda menggunakan ciri Pengebilan Berulang atau Bayaran Berulang, anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi Peraturan Persatuan, dan undang-undang terpakai, termasuk dengan mengambil perjanjian pelanggan anda untuk dibilkan secara berulang.

 

7. Hak Proprietari

  1. Harta Intelektual.  Anda mengakui bahawa PayPal dan pemberi lesen PayPal mengekalkan semua hak harta intelektual (termasuk semua paten, tanda dagangan, hak cipta, kemasan dagang, rahsia perdagangan, hak pangkalan data dan semua hak harta intelektual lain) dan hak milik dalam dan semua maklumat sulit mereka; maklumat, produk dan perkhidmatan proprietari yang lain; dan idea, konsep, teknik, reka cipta, proses, perisian atau karya pengarang yang dibangunkan, terangkum dalam, atau dipraktikkan yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan disediakan oleh PayPal di bawah ini, termasuk tanpa had semua pengubahsuaian, peningkatan, kerja terbitan, konfigurasi, terjemahan, naik taraf, dan antara muka padanya (termasuk semua “Harta Intelektual PayPal”). Harta Intelektual PayPal tidak termasuk perkakasan, perisian, data, atau rangkaian anda yang prawujud. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan sebaliknya di sini, tiada apa-apa dalam Perjanjian Kad ini boleh mencipta apa-apa hak pemilikan atau lesen, dan hak harta intelektual pihak lain dan setiap pihak hendaklah terus memiliki secara bebas dan mengekalkan hak harta intelektual masing-masing. Tiada lesen tersirat di bawah Perjanjian Kad ini dan mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda di bawah Perjanjian Kad ini dikekalkan oleh PayPal atau pembekal PayPal. Anda tidak boleh membuat kejuruteraan balikan, menyahsusun, mengubah suai dalam apa jua cara atau mencipta karya terbitan daripada Perkhidmatan, Lesen (di bawah), atau mana-mana Harta Intelektual PayPal.
  2. Pemilikan maklumat dan bahan. Sebagai sebahagian daripada akses kepada, dan penggunaan Perkhidmatan, Peniaga akan disediakan dengan maklumat dan bahan tertentu (“Bahan”) untuk digunakan dengan Perkhidmatan. Semua hak harta intelektual yang berkaitan dengan Bahan kekal sebagai harta PayPal atau Institusi Pemeroleh yang berkaitan (mengikut kes yang berkenaan). Peniaga bersetuju untuk tidak memberikan, memindahkan, menyerahkan hak, menggantikan, menjual, menjual semula (sama ada sebahagian atau keseluruhan) Bahan kepada mana-mana orang.
  3. Lesen. PayPal dengan ini memberikan lesen yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, boleh batal, tidak boleh disublesenkan dan terhad kepada anda untuk:
    1. menggunakan Harta Intelektual PayPal, mana-mana Bahan, dan mana-mana maklumat dan dokumentasi seperti yang dinyatakan di Laman Web PayPal dari semasa ke semasa semata-mata, seperti yang dikehendaki dan diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan mengikut terma dan syarat Perjanjian Kad ini (“Lesen IP” dan berkenaan API, “Lesen API”); dan untuk
    2. menggunakan dokumen yang disediakan oleh PayPal untuk Perkhidmatan anda dan menghasilkan semula dokumen untuk kegunaan dalaman hanya dalam perniagaan anda. Perkhidmatan anda yang berlesen tertakluk pada perubahan dan akan berkembang bersama-sama dengan sistem PayPal yang lain; lihat fasal 11(a). Anda mesti mematuhi keperluan pelaksanaan dan penggunaan yang terkandung dalam semua dokumen dan arahan PayPal yang disertakan dengan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh PayPal dari semasa ke semasa (termasuk, tanpa had, apa-apa keperluan pelaksanaan dan penggunaan yang kami kenakan kepada anda bagi mematuhi undang-undang, aturan dan peraturan Persatuan Kad terpakai).
  4. Kod ID. PayPal akan memberikan kepada anda kod pengenalan tertentu yang khusus untuk anda. Kod ini mengenal pasti anda dan mengesahkan mesej dan arahan anda kepada kami, termasuk arahan operasi untuk antara muka perisian PayPal. Penggunaan kod tersebut mungkin perlu untuk sistem PayPal bagi memproses arahan daripada anda (atau laman web anda). Anda mesti menyimpan kod tersebut dengan selamat dan melindunginya daripada pendedahan kepada pihak yang anda belum benarkan untuk bertindak bagi pihak anda dalam berurusan dengan PayPal. Anda bersetuju untuk mengikuti perlindungan wajar yang dinasihatkan oleh PayPal dari semasa ke semasa untuk melindungi keselamatan kod pengenalan tersebut; lihat juga Jadual 1. Jika anda gagal untuk melindungi keselamatan kod seperti yang dinasihatkan, anda mesti memaklumkan PayPal secepat mungkin, supaya PayPal boleh membatalkan dan mengeluarkan semula kod. PayPal juga boleh membatalkan dan mengeluarkan semula kod tersebut jika PayPal mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keselamatan mereka telah terjejas dan selepas memaklumkan kepada anda apabila notis boleh diberikan dengan wajar.
  5. API. PayPal akan menyediakan integrasi API dan panduan pengguna dan SDK PayPal kepada anda (secara kolektif “Dokumentasi PayPal”). Anda hendaklah mematuhi Dokumentasi PayPal berkaitan dengan integrasi dan penggunaan API. Anda hendaklah menyimpan semua ID pengguna, kata laluan dan kod akses lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Lesen API dengan sulit dan selamat daripada semua orang yang tidak dibenarkan. Anda akan menamatkan hak akses mana-mana pengguna yang berhenti bertindak dalam kapasiti yang dibenarkan bagi pihak anda atas apa-apa sebab dengan serta-merta, termasuk kerana perubahan status pekerjaan atau sekiranya berlaku kecurian, kehilangan, atau pendedahan yang dibenarkan atau penyalahgunaan ID pengguna tersebut. Anda bersetuju untuk memaklumkan PayPal dengan segera apabila mengetahui mana-mana penggunaan ID pengguna atau kata laluan anda yang tidak dibenarkan. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk (i) mengemas kini kata laluan anda untuk mengakses Perkhidmatan secara berkala, dan (ii) mencipta kata laluan “kukuh” yang wajar dalam keadaan ini. ID pengguna ialah harta PayPal dan boleh dibatalkan atau ditamatkan oleh PayPal serta-merta, jika anda berkongsi ID pengguna yang sama dengan mana-mana pihak ketiga, atau melanggar Lesen API ini. Berhubung dengan penggunaan API anda, anda dilarang daripada melakukan mana-mana perkara berikut: (i) menjual, memindahkan, memberi sublesen atau mendedahkan ID pengguna anda kepada mana-mana pihak ketiga (selain pembekal perkhidmatan pihak ketiga); (ii) menjual, memindahkan, memberi sublesen, dan/atau menyerahkan hak mana-mana kepentingan dalam maklumat sulit PayPal yang diakses oleh API; (iii) mengumpul mana-mana maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti milik pelanggan yang boleh diakses melalui API tanpa kebenaran nyata pelanggan; (iv) menyediakan kongsi masa, biro perkhidmatan, pembekal perkhidmatan aplikasi, atau perkhidmatan yang serupa kepada mana-mana pihak ketiga yang lain; dan (v) membuat pengantaramukaan atau menyambung Perkhidmatan, atau Lesen API dengan mana-mana perisian atau sistem komputer lain tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada PayPal. PayPal tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk prestasi Perkhidmatan, sekiranya Perkhidmatan tidak digunakan mengikut Perjanjian ini atau mana-mana arahan penggunaan yang disediakan oleh PayPal.
  6. Tiada waranti. Perkhidmatan anda dan semua dokumen yang disertakan ini diberikan kepada anda atas dasar “seperti adanya”. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, PayPal tidak memberikan atau menawarkan apa-apa waranti, secara nyata atau tersirat, melalui operasi undang-undang atau sebaliknya, berkaitan dengan Perkhidmatan anda, perisian berlesen atau dokumentasi pengguna yang disediakan, termasuk tanpa had mana-mana waranti hak milik, bukan pelanggaran, kebolehniagaan atau kelayakan untuk tujuan tertentu. PayPal tidak membuat waranti bahawa perkhidmatan akan berterusan atau bebas ralat. PayPal tidak menjamin, mewakili atau memberi waran bahawa Perkhidmatan dan ciri berkaitan yang membolehkan anda mengesan atau meminimumkan transaksi penipuan yang akan mengesan atau menghalang semua transaksi yang tidak sah atau penipuan. PayPal tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana transaksi tidak sah atau penipuan yang diproses. Tiada apa-apa yang diberikan oleh PayPal di bawah Perjanjian Kad ini atau sebaliknya untuk Perkhidmatan anda, mempunyai kebenaran PayPal untuk menyertakan waranti, dan tiada obligasi atau liabiliti akan timbul atau berpunca daripada pemberian teknikal, pemprograman atau nasihat atau perkhidmatan lain PayPal yang berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan, perisian berlesen dan dokumen pengguna yang diberikan (termasuk, tanpa had, perkhidmatan yang boleh membantu anda dengan penyesuaian Perkhidmatan anda). PayPal mengesyorkan agar anda menguji pelaksanaan Perkhidmatan yang berkenaan dengan teliti kerana PayPal tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang disebabkan oleh pelaksanaan Perkhidmatan.
  7. Integrasi yang Dihoskan oleh PayPal dan harta intelektual anda. Anda dengan ini, memberikan lesen bebas royalti dan tidak eksklusif di seluruh dunia kepada PayPal untuk menggunakan nama, imej, logo, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, dan/atau nama dagangan anda atau mana-mana ahli sekutu anda yang mungkin anda berikan kepada PayPal semasa menggunakan Perkhidmatan (“Tanda Anda”) untuk tujuan tunggal bagi membolehkan penggunaan Perkhidmatan anda (termasuk, tanpa had, penyesuaian Perkhidmatan yang anda hoskan). Hak milik dan pemilikan Tanda Anda dan semua nama baik yang timbul daripada mana-mana penggunaan di bawah ini akan kekal bersama anda. Anda mewakili dan memberikan jaminan bahawa anda mempunyai kuasa untuk memberikan PayPal hak untuk menggunakan Tanda Anda dan anda akan membayar ganti rugi kepada PayPal dan memastikan PayPal dibayar ganti rugi sepenuhnya secara berterusan daripada mana-mana tuntutan atau kerugian yang dialaminya disebabkan oleh penggunaan Tanda Anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan.

 

8. Terma perbankan untuk Transaksi Kad

PayPal menggunakan perkhidmatan daripada rakan kongsi perbankan dalam memproses Transaksi Kad, termasuk kedua-dua bayaran terus kepada anda daripada kad serta Transaksi Kad yang membiayai bayaran PayPal kepada anda. Jadual 2 di bawah terpakai berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Dengan menerima Perjanjian Kad ini, anda juga menerima terma untuk Transaksi Kad dalam Jadual 2, terma yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Kad ini.

 

9. Penamatan dan penggantungan

  1. Oleh anda. Anda boleh menamatkan Perjanjian Kad ini pada bila-bila masa dengan melakukan salah satu daripada yang berikut:
    1. Memberikan notis 30 hari kepada Perkhidmatan Pelanggan PayPal tentang hasrat anda untuk menamatkan Perjanjian Kad ini. Perkhidmatan Pelanggan PayPal akan mengesahkan penamatan melalui e-mel. Pilihan ini membolehkan anda berhenti menggunakan dan membayar Perkhidmatan anda, tetapi akaun PayPal anda kekal terbuka dan Perjanjian Pengguna kekal berkuat kuasa; atau
    2. Menutup akaun PayPal yang anda gunakan dengan Perkhidmatan anda (lihat Perjanjian Pengguna untuk maklumat lanjut).
  2. Oleh PayPal. PayPal boleh menamatkan Perjanjian Kad ini pada bila-bila masa dengan melakukan mana-mana perkara berikut:
    1. Memberikan notis 30 hari melalui e-mel kepada alamat e-mel berdaftar anda yang dikaitkan dengan akaun PayPal anda mengenai hasrat PayPal untuk menamatkan Perjanjian Kad ini. Melainkan jika dimaklumkan sebaliknya, pilihan ini tidak menjejaskan Perjanjian Pengguna anda dan akaun PayPal anda kekal terbuka.
    2. Menamatkan Perjanjian Pengguna yang diguna pakai untuk akaun PayPal yang digunakan dengan Perkhidmatan anda.
  3. Mengikut peristiwa. PayPal boleh menamatkan Perjanjian Kad ini dengan segera tanpa notis jika anda:
    1. Melanggar Perjanjian Kad ini atau Perjanjian Pengguna;
    2. Tidak dapat membayar atau melaksanakan obligasi anda di bawah, Perjanjian ini atau mana-mana Perjanjian PayPal yang diguna pakai untuk Perkhidmatan;
    3. Menjadi tidak dapat membayar hutang anda, mengakui ketidakupayaan anda untuk membayar hutang anda atau sebaliknya menjadi tak mampu bayar;
    4. Mempunyai sebarang pelaksanaan, penahanan atau tindakan yang serupa diambil, dikenakan atau dikuatkuasakan terhadap anda atau aset anda, atau jika sebarang perintah yang digarnis dikeluarkan atau diberikan kepada anda;
    5. Menjadi subjek sebarang petisyen yang dikemukakan, perintah yang dibuat atau resolusi yang diluluskan untuk pentadbiran, kemuflisan atau pembubaran semua atau sebahagian besar perniagaan anda, kecuali jika penggabungan atau penyusunan semula mampu bayar dicadangkan mengikut terma yang terdahulu diluluskan oleh PayPal;
    6. Hilang kawalan penuh dan tidak terbatas terhadap semua atau sebahagian daripada asetnya kerana pelantikan penerima, pengurus, pemegang amanah, penyelesai atau pegawai yang serupa;
    7. Menyertai atau mencadangkan sebarang komposisi atau perkiraan mengenai hutang anda dengan pemiutang anda (atau mana-mana kelas pemiutang);
    8. Perubahan yang material berlaku dalam perniagaan, operasi, atau keadaan kewangan anda;
    9. Anda memberikan maklumat yang tidak tepat semasa menjalankan Perkhidmatan anda atau dalam urusan anda dengan kami;
    10. Kami memutuskan, mengikut budi bicara kami, bahawa anda menjadi tidak layak untuk Perkhidmatan kerana terdapat tahap risiko yang tinggi berkaitan akaun PayPal anda atau atas sebab lain, atau atas permintaan oleh mana-mana Institusi Pemeroleh atau mana-mana Persatuan Kad; atau
    11. Anda melanggar mana-mana Peraturan Persatuan yang mungkin dipinda oleh Persatuan Kad dari semasa ke semasa.
  4. Kesan penamatan. Apabila Perjanjian Kad ini ditamatkan, anda bersetuju untuk melengkapkan semua Transaksi Kad yang belum selesai, mengalih keluar semua logo untuk kad serta-merta, dan berhenti menerima transaksi baharu melalui Perkhidmatan yang ditamatkan, dan PayPal boleh menghalang anda daripada menggunakan perkhidmatan selepas penamatan. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan Perkhidmatan selepas penamatan Perjanjian Kad ini, maka Perjanjian Kad ini akan terus diguna pakai untuk penggunaan Perkhidmatan anda sehingga anda menguatkuasakan penamatan dengan menghentikan penggunaan Perkhidmatan anda. Fasal berikut dalam Perjanjian Kad ini akan bertahan semasa penamatan Perjanjian Kad ini dan terus berkuat kuasa dan berkesan: Fasal 2, 5(a) dan 9. Penamatan Perjanjian Kad ini tidak akan menjejaskan mana-mana hak, remedi atau obligasi pihak yang terakru atau perlu dibayar sebelum penamatan, dan anda tidak akan berhak untuk mendapat bayaran balik mana-mana Yuran Bulanan yang dibayar sebelum penamatan.
  5. Pelanggaran dan penggantungan. Jika anda melanggar Perjanjian Kad ini, Perjanjian Pengguna, atau keperluan keselamatan yang dikenakan oleh PCI DSS, PayPal boleh menggantungkan penggunaan Perkhidmatan anda dengan serta-merta. PayPal mungkin memerlukan anda untuk mengambil tindakan pembetulan tertentu untuk memulihkan pelanggaran dan menarik balik penggantungan, walaupun tiada apa-apa dalam Perjanjian Kad ini yang menghalang PayPal daripada mendapatkan apa-apa remedi lain yang mungkin ada bagi pelanggaran. Di samping itu, jika PayPal dengan wajar mengesyaki bahawa anda mungkin melanggar Perjanjian Kad ini atau PCI DSS, PayPal boleh menggantung penggunaan Perkhidmatan anda sementara menunggu siasatan lanjut.

 

10. Perlindungan Penipuan

Jika anda ditawarkan dan memilih untuk menggunakan Perkhidmatan Perlindungan Penipuan, terma dalam Jadual 3 di bawah akan diguna pakai kepada penggunaan anda terhadap fungsi tersebut.

 

11. Pelbagai

  1. Masa Depan Perkhidmatan. PayPal mengekalkan budi bicara tunggal dan mutlak dalam menentukan
    1. arah dan pembangunan Perkhidmatan pada masa depan,
    2. pembaikan yang perlu dibuat terhadapnya dan masanya, dan
    3. sekiranya dan apabila kecacatan perlu diperbetulkan dan ciri baharu perlu diperkenalkan.
    4. PayPal mengalu-alukan maklum balas daripada pengguna untuk perancangan masa depan Perkhidmatan tetapi tidak dikehendaki untuk bertindak mengikut mana-mana maklum balas yang diterima. Dengan memberikan maklum balas kepada kami, anda bersetuju untuk tidak menuntut apa-apa kepentingan harta intelektual dalam maklum balas anda.
  2. Ganti rugi. Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada PayPal dan memastikan PayPal dibayar ganti rugi sepenuhnya secara berterusan daripada mana-mana kerugian langsung, kerosakan dan liabiliti, dan daripada mana-mana tuntutan, permintaan atau kos (termasuk yuran peguam yang munasabah) yang ditanggung berkaitan dengan mana-mana pihak ketiga (termasuk Pelanggan yang Dikongsi) dan yang timbul (i) daripada pelanggaran Perjanjian Kad ini, Perjanjian Pengguna dan dokumen yang terkandung dalam perjanjian melalui rujukan (termasuk Polisi Guna Boleh Terima), (ii) penggunaan Perkhidmatan anda, termasuk, tanpa had, caj balik, bayaran balik, dan denda dan penalti Persatuan Kad; (iii) transaksi penipuan atau insiden data anda, atau (iv) pelanggaran mana-mana undang-undang.
  3. Penyerahan hak, pindaan dan penepian. Anda tidak boleh menyerahkan hak Perjanjian Kad ini tanpa mendapatkan kebenaran bertulis PayPal terlebih dahulu. PayPal boleh menyerahkan hak, menggantikan atau sebaliknya memindahkan Perjanjian Kad ini tanpa kebenaran anda dengan memaklumkan anda. Mana-mana pihak tidak boleh meminda Perjanjian Kad ini atau mengetepikan mana-mana hak di bawah perjanjian kecuali dalam dokumen bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Kegagalan kami untuk bertindak berkaitan pelanggaran anda atau orang lain tidak mengetepikan hak kami untuk bertindak berkenaan pelanggaran berikutnya atau yang serupa.
  4. Pematuhan Undang-undang. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang, aturan, atau peraturan yang terpakai, termasuk Peraturan Persatuan.
  5. Perundangan dan bidang kuasa mentadbir. Perjanjian Kad ini dikawal oleh undang-undang Singapura. Pihak-pihak tersebut menyerahkan kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Singapura.

 

12. Definisi

Terma huruf besar yang tidak disenaraikan dalam fasal ini ditakrifkan dalam Perjanjian Pengguna atau di atas dalam Perjanjian Kad ini.

a. Institusi Pemeroleh: bermaksud institusi kewangan atau bank yang menyediakan perkhidmatan kepada anda bagi membolehkan anda untuk (a) menerima bayaran oleh pemegang kad menggunakan kad; dan (b) menerima nilai berkenaan dengan Transaksi Kad.

b. Tarikh Pengaktifan: Tarikh yang anda lengkapkan semua langkah untuk “Bermula” seperti yang disenaraikan dalam fasal 1(a) di atas.

c. Peraturan Persatuan: obligasi, peraturan dan garis panduan terpakai yang dikeluarkan oleh Visa AS, Eropah, Asia Pasifik, Kanada dan rantau Visa lain, Mastercard International Incorporated, Syarikat American Express atau Persatuan Kad terpakai lain, termasuk, tanpa had, Program Keselamatan Maklumat Pemegang Kad Visa (CISP), Program Keselamatan Maklumat Akaun Visa (AISP), Program Perlindungan Data Laman Mastercard dan PCI DSS. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melawati URL berikut: www.visaeurope.com, www.visaeurope.com/en/businesses__retailers/payment_security/overview.aspx dan https://www.mastercard.com/sdp.

d. AVS: Maklumat yang dikembalikan oleh “Sistem Pengesahan Alamat” yang dikendalikan oleh atau bagi pihak Persatuan Kad, yang membandingkan data alamat yang disediakan oleh pemegang kad yang ketara dengan data alamat pada fail bagi kad pada pengeluar kad.

e. Persatuan Kad: Syarikat atau kumpulan institusi kewangan yang mengisytiharkan peraturan untuk mengawal Transaksi Kad melalui rangkaian kad dan bayaran yang membawa jenama syarikat atau kumpulan. Contoh termasuk (jika berkenaan) Visa AS, Visa Eropah, dan rantau Visa yang lain; Mastercard International Incorporated; Syarikat American Express dan organisasi yang serupa.

e. Data Kad: Semua maklumat peribadi atau kewangan yang berkaitan dengan Transaksi Kad, termasuk maklumat yang dicatat pada kad itu sendiri (sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh manusia atau secara digital), bersama-sama nama dan alamat pemegang kad dan mana-mana maklumat lain yang diperlukan untuk memproses Transaksi Kad.

g. Transaksi Kad: Bayaran yang dibuat menggunakan kad kredit atau debit, kad American Express atau mana-mana kaedah bayaran lain menggunakan item pembawa data fizikal yang bertujuan untuk disimpan sebagai milik pembayar. Perkhidmatan ini hanya menyokong beberapa jenis Transaksi Kad; lihat Laman Web PayPal untuk maklumat lanjut.

h. Data CVV2: Nombor tiga digit yang dicetak di sebelah kanan nombor kad di kawasan panel tandatangan di bahagian belakang kad. (Untuk kad American Express, kod ialah nombor empat digit yang dicetak tidak timbul di atas nombor kad di bahagian depan kad American Express.) Data CVV2 dikaitkan secara unik dengan setiap kad plastik dan mengaitkan nombor akaun kad ke plastik tersebut.

i. Yuran Bulanan: Yuran yang perlu dibayar pada setiap bulan seperti yang dikehendaki dalam fasal 2 di atas.

j. Butang Bayaran PayPal: bermaksud PayPal sebagai pilihan bayaran di laman web Peniaga semasa daftar keluar, dengan bayaran yang diproses oleh PayPal melalui API PayPal dan dibiayai terus daripada akaun pengguna PayPal.

k. “Perkhidmatan PayPal” atau “Perkhidmatan” bermaksud Perkhidmatan Bayaran Kad Dalam Talian atau tawaran lain yang dikenal pasti atau selainnya diberikan menurut Perjanjian Kad ini. Perkhidmatan sedemikian mungkin diterangkan dengan lebih lengkap di Laman Web kami.

l. Laman Web PayPal : bermakna www.paypal.com/sg.

m. PCI DSS: Standard Keselamatan Data Industri Kad Bayaran, iaitu spesifikasi yang ditetapkan oleh Persatuan Kad untuk memastikan keselamatan data Transaksi Kad. Salinan PCI DSS boleh didapati dalam talian daripada https://www.pcisecuritystandards.org.

n. Pengebilan Berulang bermaksud ciri pilihan yang, dengan kebenaran pelanggan anda, membolehkan anda menyediakan bayaran yang berulang pada selang dan frekuensi tertentu, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di Laman Web PayPal.

o. Bayaran Berulang bermaksud ciri pilihan yang, dengan kebenaran pelanggan anda, membolehkan anda menyediakan bayaran berulang pada selang dan frekuensi tertentu, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di Laman Web PayPal.

p. Pelanggan yang Dikongsi: Seseorang yang mempunyai akaun PayPal dan juga merupakan pelanggan anda.

q. Perjanjian Pengguna: Perjanjian dalam talian yang anda telah meterai dengan PayPal sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran dalam talian yang diperlukan untuk membuka akaun PayPal, kerana ia mungkin dipinda dari semasa ke semasa. Perjanjian Pengguna semasa boleh didapati melalui pautan di bahagian bawah hampir setiap halaman di Laman Web PayPal. Perjanjian Pengguna termasuk polisi tertentu, khususnya Polisi Guna Boleh Terima dan Polisi Privasi, yang juga disenaraikan di Laman Web PayPal.

 

Jadual 1 – Keperluan Keselamatan Data

Keperluan Keselamatan Data

 

  1. Kewajipan Kod Keselamatan Peniaga
    1. Peniaga mengakui dan bersetuju bahawa Peniaga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan keselamatan dan kawalan yang mencukupi bagi mana-mana dan semua ID, kata laluan atau kod keselamatan lain (secara kolektif, “Kod Keselamatan“) yang dikeluarkan kepada Peniaga oleh PayPal atau Institusi Pemerolehan.
    2. Peniaga bersetuju untuk menyekat penggunaan, dan akses kepada, Kod Keselamatan Peniaga kepada pekerja, ejen atau kontraktor Peniaga yang sewajarnya perlu untuk membenarkan Peniaga menggunakan mana-mana Perkhidmatan yang berkenaan dan untuk memastikan bahawa orang tersebut mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual ini atau nasihat keselamatan lain yang diberikan kepada Peniaga oleh PayPal atau Institusi Pemeroleh (mengikut kes yang berkenaan).
  1. Tanggungjawab Peniaga untuk mematuhi keperluan Keselamatan Data
    1. Peniaga mengakui dan bersetuju bahawa Peniaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan data di laman webnya atau sebaliknya dalam milikan atau kawalannya.
    2. Peniaga bersetuju untuk melakukan perkara berikut berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi pelanggannya, dan pengumpulan, keselamatan dan penyebaran data di laman web Peniaga:
      1. mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan;
      2. mematuhi Peraturan Persatuan;
      3. mematuhi Standard Keselamatan Data Industri Kad Bayaran (PCI DSS), Standard Keselamatan Data Aplikasi Bayaran (PA DSS), dan mana-mana keperluan keselamatan data Persatuan Kad, seperti yang berkenaan, termasuk tanpa had:
        1. memasang dan mengekalkan konfigurasi tembok api untuk melindungi data;
        2. tidak menggunakan ketentuan yang dibekalkan oleh vendor untuk kata laluan sistem dan parameter keselamatan yang lain;
        3. melindungi data yang disimpan;
        4. menyulitkan penghantaran data pemegang kad dan maklumat sensitif merentasi rangkaian awam;
        5. sentiasa menggunakan dan mengemas kini perisian antivirus;
        6. membangunkan dan menyelenggara sistem dan aplikasi yang selamat
        7. mengehadkan akses kepada data mengikut keperluan perniagaan;
        8. memberikan ID unik kepada setiap orang yang mempunyai akses komputer;
        9. mengehadkan akses fizikal kepada data pemegang kad;
        10. menjejak dan memantau semua akses kepada sumber rangkaian dan data pemegang kad;
        11. sentiasa menguji sistem dan prosedur keselamatan; dan
        12. mengekalkan polisi yang menangani keselamatan maklumat.
      4. Atas permintaan PayPal, Peniaga mesti memberikan bukti kepada PayPal bahawa peniaga mematuhi PCI DSS mengikut kepuasan PayPal. Peniaga mengakui dan bersetuju bahawa tiada apa-apa dalam Perjanjian Kad ini atau PayPal menyediakan Perkhidmatan akan membentuk kepada pematuhan PCI DSS oleh Peniaga sama ada melalui “Jurutaksir Keselamatan yang Layak” pihak ketiga dan perkhidmatan pematuhan sedemikian tidak diperuntukkan di bawah skop Perjanjian Kad ini. Peniaga mesti mereka bentuk, menyelenggarakan dan mengendalikan laman web dan sistem lain selaras dengan PCI DSS. PayPal tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kos yang anda tanggung dalam mematuhi PCI DSS. Peniaga bersetuju untuk mengatur secara bebas, dengan perbelanjaan sendiri, bukti daripada Jurutaksir Keselamatan yang Layak atau sebaliknya mengikut kepuasan PayPal. Jika Peniaga tidak memulakan audit keselamatan dalam masa 10 hari bekerja dari permintaan PayPal, PayPal boleh menjalankan atau mendapatkan audit tersebut dengan perbelanjaan Peniaga. PayPal mungkin menasihatkan Pelanggan yang Dikongsi, jika PayPal mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penipuan atau aktiviti tidak sah yang lain mungkin berlaku atau mungkin telah berlaku, dan jika PayPal secara wajar mempercayai bahawa penipuan atau aktiviti tidak sah yang lain boleh menjejaskan akaun PayPal Pelanggan yang Dikongsi.
      5. melaksanakan imbasan tidak tembus (sama ada secara suku tahunan atau tahunan bergantung kepada jumlah transaksi tahunan Peniaga seperti yang dimaklumkan oleh PayPal atau Institusi Pemeroleh kepada Peniaga) bagi port yang boleh diakses oleh web Peniaga dan audit pada laman jika Peniaga memproses enam juta transaksi Visa dan/atau Mastercard/Maestro setiap tahun yang mesti dilengkapkan oleh Jurutaksir Keselamatan yang Layak.

        Untuk butiran Jurutaksir Keselamatan yang Layak Visa dan Mastercard log masuk ke: http://www.mastercard.com/us/sdp/serviceproviders/compliant_serviceprovider.html atau https://www.pcisecuritystandards.org/pdfs/pci_qsa_list.pdf.
      6. menyiarkan secara menonjol polisi privasi di laman web Peniaga yang mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang dirujuk dalam subperenggan 3(b)(i) dan 3 (b)(ii) dan yang konsisten dengan amalan perniagaan yang baik;
      7. memaklumkan PayPal tentang mana-mana ejen, termasuk mana-mana perkhidmatan pengehosan web, gerbang, troli beli-belah atau pembekal pihak ketiga yang lain, yang mempunyai akses kepada data pemegang kad dan memastikan bahawa ejen tersebut mematuhi PCI DSS dan semua kewajipan undang-undang semasa yang berkaitan dengan pungutan, keselamatan dan penyebaran data dan pemprosesan maklumat peribadi. Peniaga akan bertanggungjawab kepada PayPal terhadap apa-apa dan semua kerosakan, kerugian, kos, belanja dan/atau tuntutan yang dibuat kepada, atau yang dialami oleh, PayPal disebabkan oleh pelanggaran oleh kewajipan pihak ketiga tersebut di bawah subperenggan ini;
      8. memberikan PayPal semua maklumat atau akses kepada rekod seperti yang diperlukan oleh PayPal untuk memastikan Peniaga mematuhi perenggan 3 ini; dan
      9. memaklumkan kepada PayPal serta-merta tentang mana-mana pelanggaran keselamatan rekod atau sistem Peniaga yang berkaitan dengan akses Peniaga dan/atau penggunaan Perkhidmatan.
    3. Peniaga bersetuju untuk tidak menyimpan sebarang data nombor pengenalan peribadi, data AVS (perkhidmatan pengesahan alamat) atau kod pengesahan kad (contohnya, nilai tiga digit yang dicetak dalam panel tandatangan kebanyakan kad dan kod empat digit yang dicetak di hadapan kad American Express) mana-mana pemegang kad atau mana-mana maklumat kaedah bayaran lain bagi mana-mana pemegang kad (sama ada diterima secara elektronik, secara lisan, oleh faks, salinan keras atau sebaliknya) dan akan bertanggungjawab terhadap sebarang denda yang berkaitan dengan pelanggaran Peraturan Persatuan atau panduan yang berkaitan.
    4. Peniaga mengakui dan bersetuju bahawa jika PayPal menerima notis pelanggaran atau kompromi keselamatan data pemegang kad berkaitan dengan Peniaga, Peniaga akan membenarkan juruaudit forensik pihak ketiga yang disahkan oleh Persatuan Kad untuk menjalankan semakan keselamatan sistem, kawalan dan kemudahan Peniaga dan untuk mengeluarkan laporan kepada PayPal dan Persatuan Kad. Jika Peniaga gagal memulakan proses sedemikian selepas PayPal memintanya untuk berbuat demikian, Peniaga membenarkan PayPal untuk mengambil tindakan tersebut dengan belanja Peniaga.
    5. PayPal boleh dengan serta-merta menggantung akses Peniaga atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan atau menamatkan Perjanjian Kad ini tanpa notis apabila terdapat notis bahawa Peniaga berpotensi melanggar atau melanggar mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam perenggan 3 ini.
    6. Jika PayPal menggantung akses anda atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan, PayPal akan menyatakan dalam notis kepada Peniaga dan menjelaskan asas tindakan PayPal menggantung Peniaga, termasuk langkah yang dikira wajar untuk membetulkan pelanggaran. Penggantungan PayPal terhadap akses Peniaga atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan akan kekal berkuat kuasa dan sehingga PayPal berpuas hati bahawa Peniaga telah memulihkan pelanggaran berkenaan.
  1. Kewajipan PayPal untuk memastikan data selamat

Apabila memproses data peribadi pemegang kad yang data transaksinya diserahkan oleh Peniaga kepada PayPal, PayPal akan, pada setiap masa, memastikan bahawa langkah keselamatan yang digunakan berkenaan dengan penyimpanan, penghantaran atau sebarang pemprosesan data peribadi yang lain:

  1. mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan; dan
  2. menggunakan standard industri atau kaedah penyulitan dan keselamatan yang lebih baik yang sesuai untuk digunakan oleh institusi kewangan.
  1. Penggunaan maklumat pemegang kad sebagai Peniaga
    1. Peniaga bersetuju untuk hanya menggunakan, mendedahkan atau memproses, sebarang maklumat pemegang kad yang diperolehi berkaitan Transaksi Kad (termasuk nama, alamat dan nombor akaun kad pemegang kad) termasuk untuk tujuan memberi kuasa, melengkapkan dan menyelesaikan Transaksi Kad dan menyelesaikan sebarang caj balik atau pertikaian pembalikan, permintaan pengembalian atau isu sama yang melibatkan Transaksi Kad. Peniaga hanya akan dapat memproses maklumat pemegang kad dengan cara yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam perenggan ini jika Peniaga memperoleh kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PayPal dan setiap Persatuan Kad yang berkenaan, bank yang mengeluarkan kad dan pemegang kad atau sebaliknya mengikut perintah mahkamah atau seperti yang sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang.
    2. Peniaga bersetuju untuk:
      1. mewujudkan dan mengekalkan kawalan yang mencukupi untuk, mengehadkan akses kepada dan membuat tidak dapat dibaca sebelum membuang, semua rekod yang mengandungi nombor akaun pemegang kad dan cetakan kad;
      2. tidak menjual atau menyebarkan sebarang maklumat pemegang kad yang diperoleh berkaitan dengan Transaksi Kad yang disimpan dalam pangkalan data atau sebaliknya (termasuk nama, alamat dan nombor akaun kad pemegang kad);
      3. tidak menyimpan data jalur magnetik atau salinan keras yang mengandungi data pemegang kad (termasuk faks) selepas transaksi telah dibenarkan; dan
      4. tidak menghasilkan semula sebarang tandatangan pemegang kad yang diambil secara elektronik kecuali atas permintaan khusus PayPal (Peniaga bersetuju untuk mematuhi permintaan tersebut).
    3. Peniaga mengaku bahawa Peraturan Persatuan melarang penjualan atau pendedahan pangkalan data yang mengandungi nombor akaun pemegang kad, maklumat peribadi atau maklumat transaksi Persatuan Kad yang lain kepada pihak ketiga sebagai aset perniagaan yang gagal. Dalam kes sedemikian, Peniaga bersetuju bahawa maklumat transaksi akan dikembalikan kepada Institusi Pemeroleh atau bukti yang boleh diterima bagi pemusnahan data ini disediakan.
    4. Peniaga bersetuju bahawa Peniaga bertanggungjawab untuk mematuhi perenggan ini oleh mana-mana pemproses pihak ketiga, perkhidmatan pengehosan atau ejen Peniaga lain yang terlibat dalam pemprosesan atau penyimpanan data pemegang kad. Peniaga bersetuju untuk memaklumkan PayPal secara bertulis mengenai mana-mana pihak ketiga yang diambil oleh mana-mana pemproses pihak ketiga, perkhidmatan pengehosan atau ejen lain sebelum Peniaga melibatkan mereka dan dengan segera memaklumkan PayPal secara bertulis mengenai mana-mana akses ke data transaksi oleh mana-mana orang yang tidak dibenarkan.
    5. Melainkan peniaga menerima dan mencatatkan kebenaran tersurat pemegang kad:
      1. Peniaga tidak boleh mengekalkan, menjejaki, memantau atau menyimpan sebarang Data Kad atau menggunakan Data Kad di luar skop transaksi tertentu yang untuknya Data Kad diberikan, dan
      2. Peniaga mesti mengeluarkan semua Data Kad daripada sistemnya, dan mana-mana tempat lain Data Kad disimpan, dalam masa 24 jam selepas Peniaga menerima keputusan pengesahan yang berkaitan dengan Data Kad tersebut.
    6. Jika, dengan kebenaran pemegang kad, Peniaga menyimpan Data Kad, Peniaga hanya boleh berbuat demikian sehingga tahap Data Kad diperlukan untuk memproses transaksi bayaran. Peniaga tidak boleh memberi atau mendedahkan Data Kad yang disimpan kepada sesiapa sahaja, malah bukan juga sebagai sebahagian daripada jualan perniagaannya. Selain itu, dan tanpa mengira apa-apa sebaliknya, Peniaga tidak boleh sesekali menyimpan atau mendedahkan Data CVV2, walaupun dengan persetujuan pemegang kad.
  1. Penggunaan Pembekal Perkhidmatan Teknikal sebagai Peniaga
    1. Peniaga boleh menggunakan pihak ketiga untuk melaksanakan kewajipan Peniaga tertentu yang dinyatakan dalam Jadual ini dengan kebenaran bertulis tersurat kami yang mungkin mengandungi syarat-syarat penggunaan Peniaga bagi orang tersebut (setiap satu pihak dikenali sebagai "Pembekal Perkhidmatan Teknikal"). Untuk layak mendapat persetujuan, setiap Pembekal Perkhidmatan Teknikal mesti (antara lain) didaftarkan dengan Persatuan Kad yang berkenaan.
    2. Jika Peniaga dibenarkan untuk menggunakan Pembekal Perkhidmatan Teknikal, Peniaga bersetuju dan akan mendapatkan Pembekal Perkhidmatan Teknikal yang akan mematuhi peruntukan yang berkaitan dengan keselamatan data dan maklumat seperti yang dinyatakan dalam Jadual ini (termasuk, tanpa had, keperluan PCI DSS) seperti yang terpakai untuk menyimpan, memproses atau menghantar data pemegang kad kepada PayPal.
    3. Sebelum, atau daripada pelantikan Pembekal Perkhidmatan Teknikal, Peniaga bersetuju untuk:
      1. memaklumkan PayPal secara bertulis tentang butiran Pembekal Perkhidmatan Teknikal yang melibatkan, atau mencadangkan untuk melibatkan diri dalam, memproses, menyimpan atau menghantar data pemegang kad bagi pihak Peniaga, tanpa mengira cara atau tempoh aktiviti tersebut;
      2. memberikan bukti yang memuaskan kepada PayPal bahawa Pembekal Perkhidmatan Teknikal didaftarkan dengan Persatuan Kad yang berkenaan;
      3. mematuhi mana-mana keperluan Pembekal Perkhidmatan Teknikal termasuk, tanpa had, mematuhi sebarang keperluan yang berkaitan dengan perkhidmatan, perkakasan atau perisian Pembekal Perkhidmatan Teknikal dan mendapatkan sebarang persetujuan pengguna akhir yang diperlukan untuk penghantaran data melalui Pembekal Perkhidmatan Teknikal; dan
      4. mengikut budi bicara PayPal, memberikan kebenaran kepada PayPal untuk mendaftar Peniaga dengan Pembekal Perkhidmatan Teknikal yang berkaitan (seperti yang dikehendaki).
    4. Peniaga bersetuju bahawa Peniaga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hubungan dengan Pembekal Perkhidmatan Teknikal dan mana-mana data yang dihantar atau disediakan kepada Pembekal Perkhidmatan Teknikal. Kegagalan Peniaga untuk mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam perenggan 5 ini, atau kegagalan Pembekal Perkhidmatan Teknikal atau pemproses get laluan untuk mendaftar dan/atau mematuhi keperluan keselamatan data yang berkenaan boleh menyebabkan Peniaga dikenakan denda atau penalti. PayPal boleh menamatkan Perjanjian Kad ini dengan serta-merta apabila Peniaga melanggar perenggan 5 ini.

 

Jadual 2 - Perjanjian Bank

Perjanjian Bank


PayPal menggunakan perkhidmatan daripada pihak ketiga untuk memproses transaksi kad. Perjanjian kad yang berkenaan boleh didapati di https://www.paypal.com/al/webapps/mpp/ua/ceagreement-full?locale.x=en_AL (Perjanjian Entiti Komersial untuk Perkhidmatan Pemprosesan yang Dibiayai Kad Bayaran PayPal).

 

Jadual 3 – Terma Perlindungan Penipuan

Terma penggunaan Kefungsian Perlindungan Penipuan

  1. Cara Perlindungan Penipuan berfungsi
    1. Perlindungan Penipuan disediakan untuk anda sebagai peralatan pengurusan transaksi penipuan untuk membantu anda menyaring transaksi penipuan yang berpotensi berdasarkan tetapan yang anda gunakan dalam Perlindungan Penipuan. Peralatan ini membolehkan anda menetapkan peraturan penapis, iaitu untuk mengarahkan kami tentang transaksi mana peralatan tersebut akan tolak bagi pihak anda berdasarkan kriteria abstrak. Untuk menggunakan Perlindungan Penipuan, anda mesti mengikuti arahan kami untuk menghidupkan Perlindungan Penipuan secara aktif.
    2. Kami mungkin memberikan tip tentang penapis dan tetapan dalam Perlindungan Penipuan yang mungkin bersesuaian untuk perniagaan anda. Cadangan ini mengambil kira sejarah transaksi anda yang lalu.
    3. Walau apa pun di atas, jika anda menggunakan Perlindungan Penipuan, anda bertanggungjawab untuk menentukan, dan menetapkan peraturan penapis akhir.
  2. Tiada Jaminan dan Had Liabiliti
    1. Kami tidak mewakili atau menjamin bahawa Perlindungan Penipuan bebas dari kesilapan atau bahawa ia akan mengenal pasti semua aktiviti transaksi penipuan yang berpotensi. Ini hanyalah peralatan yang dapat membantu anda mengenal pasti transaksi penipuan yang berpotensi.
    2. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian anda (seperti kehilangan keuntungan) atau kerosakan yang disebabkan atau berkaitan dengan penggunaan Perlindungan Penipuan anda, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Seksyen Perjanjian Pengguna mengenai “Ganti Rugi dan Had Liabiliti” dan “Penafian Waranti & Pelepasan” diguna pakai kepada penggunaan Perlindungan Penipuan anda.
  1. Perlindungan Data
    1. Anda hanya boleh menggunakan Perlindungan Penipuan untuk tujuan pengurusan risiko penipuan anda dan bukan untuk tujuan lain.
    2. Anda tidak boleh berkongsi penggunaan Perlindungan Penipuan dengan mana-mana individu lain, dan anda juga tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana individu kategori yang disediakan dalam Perlindungan Penipuan atau keputusan yang dihasilkan daripada penggunaan Perlindungan Penipuan oleh anda.
  2. Pelbagai
    1. Walaupun ada tetapan anda pada Perlindungan Penipuan, kami sentiasa mengekalkan hak untuk menolak atau menggantung mana-mana transaksi mengikut terma Perjanjian Pengguna.
    2. Terma ini sebagai tambahan kepada Perjanjian Pengguna yang mengawal penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami secara am. Terma perkhidmatan PayPal dalam Perjanjian Pengguna, apabila dibaca bersama dengan terma ini, termasuk Perlindungan Penipuan, jika berkenaan.
    3. Kami boleh meminda, memadam atau menambah terma ini selaras dengan mana-mana proses perubahan yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan, anda boleh menamatkan terma ini.
    4. Anda boleh menamatkan terma ini di bawah Jadual 3 ini pada bila-bila masa dengan mengalih keluar Perlindungan Penipuan daripada integrasi anda dan mengikut mana-mana langkah berkaitan integrasi lain yang mungkin kami sediakan untuk anda. Ini membolehkan anda berhenti menggunakan Perlindungan Penipuan, tetapi sebaliknya akaun PayPal anda kekal terbuka dan Perjanjian Kad (dan mana-mana perjanjian lain yang berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan dan/atau perkhidmatan PayPal kepada anda) kekal berkuat kuasa.
    5. Kami boleh, pada bila-bila masa, atas apa-apa sebab dan (jika boleh) dengan notis awal yang munasabah, menamatkan, membatalkan atau menggantung Perkhidmatan setakat yang berkaitan dengan Perlindungan Penipuan kami tanpa liabiliti terhadap anda.
    6. Terma ini kekal setelah sebarang penamatan setakat dan selagi kami perlu untuk: (i) menangani perkara yang timbul daripada penggunaan Perlindungan Penipuan oleh anda sebelum penamatan; dan/atau (ii) mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.